Trip kami ke Jojga kali ini adalah selama 4 hari 3 malam. Ringkasan itinerari seperti di bawah.
Hari 1
Lunch – Hutan Pinus – Pantai Parangtritis – Dinner
Hari 2
Sunrise Gunung Merapi – Cave tubing & oya rafting Goa Pindul – Lunch – Gondola ride Pantai Timang- Dinner lobster – Bukit Bintang
Hari 3
Sunrise Bukit Sikunir – Breakfast – Telaga warna from top – Kawah Sikidang – Borobudur Temple – Dinner
Hari 4
Kalibiru – Pasar Beringharjo
Tips dan informasi
1. Bukit Sikunir dalam 3 jam setengah perjalanan dari Bandar Jogja. Dekat sana sangat sejuk. Suhu masa kitorang pegi hari tu dalam 4 darjah celcius. Berasap-asap mulut bila cakap. Hihi. Sila bawa baju sejuk, glove, stoking. Get ready untuk panjat tangga sampai semput. Hehe.
2. Dekat Gunung Merapi kena naik jeep. Jalan berbatu. Nak kurangkan hentakkan sila berdiri.
3. Naik ojek dalam 20 minit untuk ke Pantai Timang. Jalan teruk, berbatu. Memang mencabar. Paling teruk dalam sejarah. Elakkan bertolak balik dari Pantai Timang waktu gelap sebab lampu jalan takde.
4. Kena cuba makan ayam penyet dekat Lesehan Ar Barokah. Makan tepi jalan je tapi ayam penyet dia paling sedap pernah rasa.
5. Kalau beli jagung bakat dekar Bukit Bintang, dekat tepi jalan murah sikit berbanding beli dekat dalam kedai.
6. Kalau korang ada student card, bawa. Boleh guna untuk tiket Borobudur. Boleh dapat separuh harga kalau guna student card. Kawalan dekat Borobudur strict gila. Jadi jangan berangan nak menyamar sebagai orang tempatan untuk dapat tiket murah.
7. Dekat Jalan Malioboro ada satu mall nama Mal Malioboro. Dekat situ ada banyak restoran makanan segera macam KFC, Pizza Hut. Foodcourt pun ada. Jadi kalau korang tak nak makan dekat tepi-tepi lorong jalan Malioboro tu, boleh makan dekat Mal Malioboro. Tutup pukul 9.30pm.
8. Dekat Kalibiru, bila korang dah naik dekat photo spot tu, memang wajib kena beli gambar yang photografer dorang ambilkan. Minimum 4 keping kena beli. Sekeping 5k. Nak tangkap gambar guna phone sendiri pun boleh tapi tetapi kena beli gambar yang photografer to snap. Nanti gambar tu tak dapat dalam bentuk hard copy tapi transfer dekat phone korang. Boleh lah korang terus upload dekat IG, senang. Haha.
9. Kitorang pergi bertujuh. Jadi semuanya base on sharing basis of 7 person.
10. Tak perlu bawa makanan banyak-banyak dari Malaysia. Makanan dekat Jogja murah dan sedap. Kita orang bawa makanan tapi tak makan pun. Buat berat backpack je.
11. Untuk penginapan di Edu Hostel kalau nak jimat lagi, ambil dorm. Kita orang ambil private room. Tapi kalau dorm kena jaga barang elok-elok dekat locker tu. Private room selamat sikit. Rooftop Edu Hostel tutup jam 10pm.
12. Jogja memang best. Sesuai untuk nature lover. Sesiapa yang akan ke sana, jangan lupa ke Sikunir. Best tak tipu. Dah lah best, cantik pulak tu.
Baca lagi: 7 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Jogjakarta, Indonesia