Anda ada perancangan untuk pergi camping dalam masa terdekat? Kalau hendak pergi masuk hutan untuk camping bersama rakan-rakan, anda boleh je terus redah. Tetapi anda juga perlu persiapan rapi dari segi barangan yang perlu anda bawa. Jadi di sini ada 13 barangan penting yang perlu ada dalam beg anda.
1. Peti kecemasan (First Aid Kit)
Kecederaan boleh menimpa tanpa diduga. Kalau masuk hutan anda pasti melalui kawasan berduri atau dahan-dahan yang tajam. Jadi jangan ambil mudah tentang peti keselamatan ini. Paling kurang seorang dalam kumpulan anda perlu ada peti pertolongan cemas ini.
Cadangan: 18 in 1 medical kit with casing
2. Lampu kepala atau flashlight
Ini adalah keperluan asas yang perlu ada. Dalam hutan pada waktu malam, lampu suluh ini membantu anda untuk bergerak. Kalau anda cuma harapkan cahaya bulan purnama, susah nanti.
Cadangan: 500 lumens rechargeable torchlight
3. Pisau kecil
Kalau orang yang biasa masuk hutan, pasti kenal dengan pisau askar ini. Pisau ini bagus sebab ada pisau, gunting kecil, pemutar skru dan macam-macam lagi. Jadi kena ada pisau ini dalam poket anda.
Cadangan : Victorinox Swiss Army Camper Knife
4. Mancis atau lighter
Bagaimana anda hendak hidupkan api kalau tiada mancis atau lighter. Kalau tak ada api, macam mana nak masak makanan yang anda bawa? Boleh je anda nak cuba cara rambo dengan geselkan kayu kering untuk dapatkan percikan api. Tapi ianya akan mengambil masa.
5. Tali
Tali penting untuk mengikat barangan anda. Anda mungkin akan gunakannya untuk membuat tali gantung baju basah anda, sangkut khemah dan bermacam-macam lagi. Kalau dalam kesusahan seperti kawan anda ada masalah mendaki, anda ada tali yang boleh membantu.
Cadangan : Tali getah 10 meter
6. Kain rentang (Tarps)
Kain rentang jenis kalis air penting sebagai alas tempat duduk atau dijadikan tempat berteduh. Ianya mudah untuk dilipat dan tidak mengambil kawasan yang banyak dalam beg anda.
Cadangan : Camping Tarp Awning 3m x 3m
7. Peanut butter
Anda mungkin terkejut kenapa perlu bawak mentega kacang. Tapi apa yang anda perlu tahu ialah hayat mentega kacang panjang dan ianya sumber tenaga yang bagus kerana kandungan lemak dan proteinnya yang tinggi. Anda hanya perlu standby roti dan anda terus boleh teruskan perjalanan.
Cadangan : Lady Choice’s Peanut Butter.
8. Bekas rempah mudah alih
Takkan anda hendak masak makanan tanpa ada perasa? Ikan yang anda tangkap di sungai paling kurang kena letak perasa sedikit. Perlu ada di dalam beg anda. Saiznya yang kecil tidak akan memakan ruangan dalam beg anda. Bawa juga sedikit minyak masak bersama anda.
Cadangan: Portable seasoning set for camping
Anda mungkin ada GPS dan kompas di telefon bimbit anda. Tapi bagaimana jika tiada akses GPS di tempat anda pergi? Atau telefon anda kehabisan bateri? Jadi perlu ada peta tempat anda mahu pergi dan kompas untuk bantu anda jika anda tersesat. Kadangkala cara old skool yang akan bantu kita.
Cadangan : Compass with lanyard
10. Baju hujan atau baju sejuk
Cuaca tidak dapat diduga. Biasanya ku sangka panas sampai ke malam, rupanya hujan di petang hari. Jadi anda tidak boleh terlalu bergantung dengan ramalan cuaca. Perlu sediakan juga baju ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Cadangan : Unisex Outdoor Ultra-light Waterproof Jacket
11. Powerbank
Dalam dunia serba moden ini, powerbank adalah sumber tenaga simpanan anda di kala anda pergi berkhemah. Seperti kita tahu, hutan tiada sumber elektrik, tidak sekali plug point untuk anda charge telefon anda. Ianya juga berguna untuk barangan elektronik anda yang lain.
Cadangan : Pineng PN-920 Powerbank 20000mAh
12. Sleeping bag
Kalau anda mahukan tempat sendiri untuk anda tidur, apa kata bawa sendiri sleeping bag anda. Ianya mudah di bawa dan praktikal.
Cadangan : OEM Portable Sleeping Bag
13. Tempat memasak mudah alih
Kalau dah ada api dan bahan untuk masakan, nak masak atas apa? Jadi anda perlu satu frying pan mudah alih untuk anda memasak. Jika anda beli jenis ini, anda boleh buat pelbagai jenis masakan.
Cadangan: Camping portable stove
Ini adalah item yang perlu ada dalam beg anda. Harap tips ini dapat membantu anda membuat persiapan sebelum pergi berkhemah. Happy camping guys!