Tular sejak semalam di media sosial apabila dikongsikan sebuah rakaman yang memperlihatkan 13 pelajar membelasah seorang pelajar di sebuah sekolah di Langkawi.
Video berdurasi 25 saat itu turut mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari sejak semalam yang memaklumkan semua suspek berusia 16 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis.
Terbaharu, menerusi laporan yang dikeluarkan pada hari ini, seramai 13 pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sekolah menengah tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata, ia susulan rakaman percakapan ke atas semua suspek selesai dilakukan pihaknya.
“Rakaman percakapan sudah selesai, pagi ini mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi.
Isu yang berlaku nyata membuatkan para netizen berang serta mengharapkan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap kumpulan pelajar ini melihatkan kepada kekasaran yang dilakukan. Malah mangsa menerusi video yang tular dilihat terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja.
Selain itu, dilaporkan pihak polis turut ‘bagi muka’ kepada individu yang mempunyai banyak saman atau waran tangkap pulang pada hari raya.
Polis ‘Bagi Muka’ Individu Ada Banyak Saman Atau Waran Tangkap Pulang Berhari Raya
Seorang Lelaki Mengamuk Gara-Gara Mendakwa Kamera CCTV Milik Jiran ‘Intai’ Privasi Rumahnya