Pada awal bulan ini, Instagram telah mengambil langkah untuk membuat perubahan pada logo mereka kepada warna yang lebih terang dan meriah. Pelbagai reaksi yang diterima daripada orang ramai. Kami juga tidak terlepas untuk menyatakan pendapat kami di dalam artikel ini.
Sebelum ini juga, kami telah kami telah menunjukkan 14 logo altenatif kepada Instagram di dalam artikel ini. Kali ini kita akan melihat pula 14 logo Instagram terbaru daripada hasil tangan para seni. Pelukis, pereka grafik, pengubah bunga serta chef antara yang terlibat untuk menjayakan hasil seni logo Instagram terbaru ini.
Logo manakah yang paling menarik perhatian anda? Jika tidak ada dalam senarai, pastinya anda seorang yang lebih cintakan warna monotone atau rekaan yang lebih minimalis.