Saya baru beberapa hari balik dari Iran. Route : Tehran – Shiraz – Isfahan – Kashan – Tehran. Sebenarnya Iran tak masuk senarai bucketlist pun tapi tiba-tiba terbeli tiket masa AA X Final Call promo with return flight RM600.
Sementara masih ingat saya nak share tips & tricks buat yang nak ke Iran.
Pengangkutan
1. Buat perbandingan di banyak website, termasuk airlines dan portal tempahan lain. Kebanyakannya tak terima bayaran via kad kredit dan hanya terima melalui bank Iran, dan bitcoin.
Untuk penerbangan domestik Tehran – Shiraz, tiket flight dibeli di website pinpars.com. Bayar via paypal, debit account Maybank, dan pengesahan bayaran, tiket penerbangan dakan dihantar ke email dalam masa 15 minit je.
2. Untuk ke destinasi seterusnya kalau nak beli tiket bas, boleh minta tolong pihak hotel belikan masa nak check in. Service charge pun tak mahal. Kena bayar extra dalam USD1 – USD2 je untuk servis dia.
Booking details nanti pihak hotel akan catat kat satu kertas, sampai di setsen bas bagi kat kaunter bas dan dia orang akan bagi tiket. Owh sila booking VIP bus. Tempat duduk boleh dibaringkan, dapat makanan dan sangat selesa.
Ikut pengalaman saya masa naik Royal Safar midnight bus dari Shiraz ke Isfahan, makanan yang dia orang bagi adalah sebiji epal, oren dan timun. Dan tak ada berhenti ke tandas sepanjang perjalanan selama 5 jam. Jadi sebelum naik bas, makan kenyang-kenyang dan sila ke tandas dulu.
Baca: The Best Of Iran: 5 Tempat Tumpuan Jika Anda Ke Tehran
Penginapan
3. Semua bokking penginapana dibuat di hostelsiniran.com. Kami pilih hostel yang dekat dengan tempat tarikan pelancong, harga ikut bajt dan ada pilihan book now pay later.
Sebab? Kat sana nanti boleh nego dan dapatkan diskaun. Bayaran boleh dalam USD, Euro atau Rial. Nak check in tengah malam? Nak check in awal pagi? Nak check out awal tapi nak tumpang letak bag? No problem!
Diorang sangat accomodating. Saya sangat rekomen Seven Hostel Tehran, Golshan Traditional Guest House Shiraz dan Seven Hostel Isfahan. Malahan dah check out pun kita boleh je lepak-lepak kat lounge minum-minum teh, guna wifi, charge handphone sementara tunggu driver atau bas.
Makanan
4. Iranian suka rasa masam. Hampir semua makanan mereka berasaskan tomato dan lemon. Cauliflower, kobis pun dibuat jeruk untuk di makan dengan nasi. Hidangan mereka sangat kering, kurang berminyak. Sebenarnya bagus untuk kesihatan sebab banyak makanan dibakar, tak berkuah macam makanan Malaysia ada kari, asam pedas, masak lemak bagai.
5. Sarapan oran Iran adalah roti kosong, disapu butter, feta cheese, tomato, berbagai jem buahbuahan, kopi dan teh.
6. Kekacang (badam, pistachio, walnut dll) boleh beli. Banyak dijual kat bazaar. Harga pun murah berbanding di Malaysia.
7. Buah-buahan Iran sangat manis dan murah. Masa dalam perjalanan ke Persepolis kami berhenti di tepi jalan untuk beli buah oren 1kg USD2 je.
Shopping
8. Saya bukan shopaholic tapi bila travel mesti nak cari fridge magnet. Souviners, handicraft, fridge magnet banyak dijual di Nashq-E- Jahan Square Isfahan. Harga pun ok.
9. Untuk wanita, cuba lah beli baju tradisi mereka sebab (macam jubah tapi dipanggil Chadur). Chadur doang boleh dibuat berbagai gaya OOTD dan sangat sesuai sebagai prop untuk photoshoot (rujuk gambar).
Baca: Itinerari Dan Lokasi Unik Yang Berjaya Saya Terjah Sepanjang 10 Hari Travel Di Iran
Lokasi menarik untuk dikunjungi
10. Iran bukan hanya ada seni arkitektur menarik, tapi juga pemandangan yang sangat cantik, lokasi bersejarah, dan budaya yang unik. Photographers, get ready for extra memory card. Instagram junkie, this is the place for you to spam your followers and feed your instastory.
11. Di Persepolis tak boleh bawa masuk backpack ye (hanya beg kecil dibenarkan bawa masuk) sebab depa tak nak orang berkelah kat dalam Persepolis. Sebab di musim sejuk orang Iran suka berkelah tak kira di tengah padang, tepi jalan, kat taman bunga dll.
12. Bayaran masuk ke Salt Lake Isfahan ialah 50000 Rial per orang. Kalau bernasib baik, anda boleh dapat diskaun. Kami cuma bayar 20000 rial saja.
13. Kalau ada banyak masa, sila masukkan Yazd dalam itinerari. The Yazd Fire Temple adalah antara tempat penyembahan Zoroastrian di Iran. Api di Atash Behram (Fire of Victory) Temple menyala sejak 1,500 tahun.
14. Tour ke Abyaneh Village banyak berjalan naik turun tangga dan mendaki bukit. Sila bawa air mineral untuk elakkan dahaga dan dehidrasi.
Baca lagi: The Best Of Iran: 8 Tempat Unik Mesti Dikunjungi Bila Anda Ke Esfahan