Sekiranya hari tarikh 11.11 merupakan hari yang indah buat Alibaba, lain ceritanya dengan Shopee yang memilih tarikh 9.9 untuk menjalankan promosi Single’s Day.
Melalui promosi yang dijalankan beberapa hari yang lalu, platform e-dagang ini yang berpengakalan dari Singapura ini berjaya menerima jumlah tempahan terbanyak sepanjang sejarah dengan bilangan 5.8 juta tempahan.
Jumlah yang diterima ini sekaligus menunjukkan promosi Singles’s Day ini berjaya melonjakkan jualan mereka sebanyak tiga kali ganda berbanding hari biasa.
Dari segi bilangan barangan, Shopee berjaya menjual lebih 15 juta barangan sepanjang 24 jam promosi ini berlangsung. Dalam erti kata lain, platform ini berjaya menjual lebih 100,000 barangan dalam jangka masa dibawah 10 minit secara purata.
Mengulas mengenai rekod jumlah penjualan pada tahun ini, pengara urusan Shopee, MD Ian Ho turut mengatakan jumlah yang diterima ini sememangnya diluar jangkaan mereka. Mereka turut berterima kasih terhadap para penjual, pengguna, jenama serta beberapa rakan kongsi yang lain.
Shopee Shopping Day yang berlangsung pada 9 September baru ini sekaligus berjaya merekodkan lebih dariapda tujuh juta penjual serta 10,000 jenama yang terlibat seluruh Asia Tenggara. Tahniah diucapkan buat Shopee diatas kejayaan yang diperoleh.
Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’
https://youtu.be/SuC_bj23iYE
Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!
Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.
Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.
Jumpa anda di sana!