Sebut saja Tokyo pasti ramai tahu tentang kota metropolitan yang menawarkan kos sara hidup yang tinggi ini.
Jangan risau. Jika anda bercadang mahu ke sana, anda boleh ke 15 lokasi berikut berikut untuk travel di Tokyo cara bajet. Ayuh kita mulakan!
1. Jelajah sekitar Tokyo dengan keretapi
Jika tak pasti nak menjelajah di mana di Tokyo, apa kata naik saja keretapi JR Yamanote Line. Dengan menggunakan keretapi Yamanote Line, ia membolehkan anda melihat pemandangan menarik di sekitar pusat bandar Tokyo (termasuk Stesen Tokyo) sepanjang 1 jam perjalanan. Jika ada mana-mana lokasi di sepanjang perjalanan tu yang menarik minat anda, boleh je turun dari keretapi terus.
2. Menikmati pemandangan indah bandar Tokyo
Jika mahukan view waktu malam yang menarik pada harga bajet, bolehlah ke Tokyo Metropolitan Government Building di Shinjuku. Bangunan yang menyediakan skydeck ini membolehkan anda menikmati pemandangan indah Tokyo termasuk Tokyo Tower dan Skytree. Skydeck di bangunan ini dibuka seawal jam 9.30 pagi hingga jam 11 malam.
3. Shibuya Scramble Crossing
Sekali imbas Shibuya Scramble Crossing ni sama je macam lokasi sesak diwaktu puncak di negara lain. Tapi jika nak rasa Tokyo yang padat inilah tempatnya. Diwaktu puncak, orang ramai yang lalu lalang untuk menyeberangi jalan di sini boleh mencecah hingga 3000 orang.
Untuk ke sini, boleh naik keretapi dan turun di Hachiko Gates di JR Shibuya Station. Jika bawa anak kecil, pastikan anda pegang tangan mereka agar tak ada yang hilang anak di sini.
4. Meiji Shrine
Jika ingin lari dari hiruk pikuk dan kesibukan bandar Tokyo, Meiji Shrine adalah lokasi terbaik. Pokok-pokok dan suasana nyaman menjadikan ia satu tempat yang tenang dan damai. Pada hujung minggu, anda berpeluang untuk lihat upacara perkahwinan tradisional Jepun di sini.
Pada bulan Jun pula, bunga-bunga Iris berkembang mekar dan menyediakan pemandangan menarik. Untuk ke sini, Meiji Shrine terletak tidak jauh dari Stesen Harajuku.
5. Omotesando
Pada asalnya, Omotesando adalah lorong menuju ke Meiji Shrine. Kini lorong ini menyediakan banyak kedai menjual barang di sepanjang lorong. Bagi peminat fesyen, ini adalah syurga bagi anda.
Omotesando Hill yang terletak berhampiran dengan Meiji Shrine pula menawarkan banyak pilihan barangan untuk kanak-kanak termasuk barangan dekorasi bilik kanak-kanak. Bagi mereka yang memiliki anak, lokasi ini boleh buat anda leka.
6. Ueno Park
Taman dengan suasana nyaman dan dikelilingi alam semula jadi. Di musim bunga, Ueno Park antara taman yang dipenuhi dengan bunga sakura.
Tapi taklah bermakna di musim lain taman ini tak menarik. Di sini juga ada muzeum kesenian dan bangunan bersejarah untuk dikunjungi. Ueno Park terletak tidak jauh dari stesen keretapi JR Ueno Station.
7. Ameyoko Shopping Street
Selepas ke Ueno, apa kata anda singgah di Ameyoko Shopping Street pula. Di sini anda dapat melihat berbagai bangsa yang berniaga dengan harga yang berpatutan.
Berjalan-jalan sambil window shopping di sini lebih menyeronokkan bila disapa oleh peniaga untuk singgah di kedai mereka.
8. Akihabara
Lokasi wajib bagi peminat gajet, anime dan otaku. Akihabara terkenal sebagai pusat cabang kebudayaan Jepun dan agak sukar untuk menahan dari tidak terbeli apa-apa sewaktu berkunjung ke sini. Untuk ke sini anda boleh menaiki keretapi dan berhenti di JR Akihabara Station.
9. Kota buku Kanda Jinbo-cho
Bagi yang sukakan buku, ini adalah lokasi yang bakal mengujakan anda. Deretan kedai di sini yang terdiri dari 176 buah kedai menawarkan berbagai genre buku dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.
Jika bernasib baik anda mungkin berjaya temui buku-buku yang jarang dan susah untuk ditemui di tempat lain. Jika tak suka buku, sekadar bersiar-siar juga sudah memadai untuk merasai suasana di sini.
Untuk ke sini, stesen keretapi terdekat adalah Shin Ochanomizu dan Jinbo-cho.
10. Asakusa Culture Tourist Information Center
Selain dari menyediakan informasi untuk pelancong, lokasi ini juga sesuai untuk bersiar-siar dan menikmati suasana Tokyo. Di Asakusa Culture Tourist Information Center, kaunter menukar matawang asing turut disediakan.
Bangunan yang telah direka cipta oleh artkitek terkenal Kengo Kuma ini juga menyediakan dek di tingkat 8 untuk melihat bandar Tokyo. Dari dek ini anda berpeluang melihat Skytree dan barisan kedai dan bangunan di sekitar kuil Sensoji.
Asakusa Culture Tourist Information Center terletak tidak jauh dari stesen Asakusa di Ginza Line.
11. Kappabashi Dogu Street
Ini adalah lokasi bagi mereka yang suka memasak dan yang terlibat dalam industri makanan dan minuman. Kedai-kedai di Kappabashi Dogu Street menawarkan berbagai jenis kelengkapan memasak termasuk yang sukar didapati di tempat lain seperti noren (kain seperti langsir singkat di pintu depan restoran Jepun).
Kappabashi Dogu Street terletak tak jauh dari Asakusa. Jadi anda boleh berkunjung ke sini selepas ke Asakusa. Stesen keretapi terdekat adalah Taharamachi Station di Ginza Line (hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen keretapi).
12. Odaiba
Dibina di tanah yang telah ditambak, Odaiba memperlihatkan penyatuan kehidupan bandar, pusat komersial dan alam semulajadi.
Menawarkan pusat membeli belah, taman dan pantai, anda boleh berada di sini sehingga larut malam untuk menikmati pemandangan indah yang ditawarkan.
Untuk ke sini, anda boleh menaiki keretapi Yurikamome. Odaiba Kaihin Koen dan keretapi yang lalu memberikan satu pemandangan yang romantis di waktu malam.
13. Daimaru Tokyo Branch
Jika berkesempatan ke Tokyo Station, apa kata anda singgah ke cawangan pusat membeli belah Daimaru Tokyo yang terletak di pintu keluar bahagian utara Yaesu.
Selain ‘food court’ yang menawarkan berbagai pilihan makanan di bahagian ground floor, tandas di tingkat 12 bangunan ini sebenarnya menawarkan pemandangan menarikdi luar banguna yang boleh dilihat dari dinding kaca. Gambar di atas adalah pemandangan dari tandas di tingkat 12.
14. Ginza
Pada asalnya Ginza merupakan lokasi untuk jenama mewah. Tetapi kini kedai-kedai yang berada di sini telah mula menawarkan berbagai jenama dari yang murah hinggalah yang mahal.
Salah satu kedai yang paling disyorkan adalah Uniqlo Ginza Branch. Dengan keluasan kedai sebesar 5000 meter persegi, cawangan Uniqlo ini menawarkan berbagai pilihan pakaian yang unik.
Pada sebelah petang di hari cuti umum dan hujung minggu pula, jalan raya di sini ditutup dari laluan kenderaan bagi membolehkan orang ramai bersiar-siar tanpa gangguan. Ginza juga menyediakan pemandangan menarik pada waktu malam.
15. Haneda Airport Terminal 2
Jika anda ke Haneda Airport, jangan lupa untuk singgah di terminal 2 lapangan terbang ini. Di sini anda berpeluang melihat tek runaway yang terbentang luas dari dalam bangunan. Selain dari itu terminal 2 turut menawarkan banyak kedai untuk anda membeli belah dan restoran.
Sumber: Tsunagu Japan
BACA: 12 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Budaya Jepun
BACA juga: Cerita Menarik Tentang Orang Muslim Di Jepun. Bagaimana Mereka Menghadapi Cabaran Masyarakat Di Sana