Sejak kebelakangan ini, berlaku kekecohan di media sosial apabila tular beberapa buah video sekumpulan individu mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan agama Islam.

Kultus atau gerakan yang digelar Si Hulk itu telah diisytiharkan ajaran sesat oleh jawatankuasa fatwa negeri Johor, Melaka serta Perak.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Differencebetween.com

Terkini, pengikut ajaran tersebut dilaporkan memohon perlindungan suaka di New Zealand. Presiden Perniagaan Malaysia New Zealand, Dave Annath memberitahu beliau dimaklumkan perkara tersebut oleh Kementerian Pembangunan Sosial (MSD) negara itu.

Dikatakan kira-kira 150 pengikut ajaran itu serta ahli keluarga kini berada di New Zealand dan mereka memohon perlindungan suaka termasuk bantuan kewangan dengan menggunakan sebab agama.

Sumber Gambar: The Star

Namun begitu, Dave Ananth yang kini berkhidmat sebagai peguam di negara itu berkata pada pandangannya, kumpulan tersebut tidak sepatutnya diberikan perlindungan suaka atas alasan penganiayaan terhadap agama mereka.

“Kamu tak boleh hanya datang ke sini dan berkata ‘saya mangsa penganiayaan agama’. Islam adalah agama rasmi Malaysia dan negara itu dihormati sebagai negara yang bersefahaman sederhana.

Saya tidak percaya berlakunya penganiayaan agama ketika agama lain bebas mengamalkan ajaran mereka dengan harmoni,” katanya secara lanjut.

Difahamkan, Dave Ananth telah pun berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia yang berkait dengan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) serta polis Malaysia.

Beliau berkata, kedatangan kumpulan itu menimbulkan rasa bimbang pihak berkuasa Wellington kerana risau program perlindungan pelarian mereka disalah guna.

Bahkan, komuniti Islam dari Malaysia dan Singapura turut risau dengan kehadiran kultus tersebut, mereka juga telah mengantar surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk mendesak menggunakan kuasa dalam undang-undang bagi menghalang ajaran Si Hulk.

Sumber