Setiap kali Aidilfitri menjelang, iklan raya menjadi antara perkara yang dinantikan. Pelbagai jenama berlumba-lumba menghasilkan video yang mampu mengusik emosi, mencetuskan gelak tawa, dan menghidupkan semangat Syawal.

Tahun ini pun tak kurang hebatnya! Dari kisah penuh pengajaran hingga komedi santai yang menceriakan, ada banyak iklan menarik yang wajib ditonton. Jom tengok senarai 16 iklan raya paling best tahun ini, confirm buat hati tersentuh dan senyum sampai telinga!

1. Mirinda – Balik Rayaaahhh!

Mirinda mempersembahkan trailer raya Abah Saya Uncle Mike | Balik Rayaaahhh! filem yang bakal ditayangkan pada Ogos 2025 ini. Mengisahkan Mike Tong, seorang lelaki Cina yang membesarkan tiga anak angkat Melayu, kisah ini meraikan kasih sayang dan kebersamaan tanpa mengira bangsa.

Sarat dengan nilai kemanusiaan, ia mengingatkan kita bahawa Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi tentang kekeluargaan dan persaudaraan sejati!

2. Anak Siapa Ni? – PETRONAS

PETRONAS menghadirkan kisah menyentuh hati tentang perjalanan Rafi, yang menemukan makna sebenar persaudaraan melalui pertemuan penuh ikhlas. Dalam setiap langkah, dia belajar bahawa ikatan yang tulus tidak diukur dengan darah, tetapi dengan keikhlasan dan kebersamaan.

3. IJM Land – Tiket Bas Sehala

Dalam perjalanan pulang ke kampung, Haikal tertidur di dalam bas, tetapi terjaga dalam sebuah ‘mesin masa’ yang membawanya ke memori silam.

Setiap hentian mengungkap kenangan berharga iaitu keluarga, cabaran hidup, dan momen kecil yang membentuk dirinya hari ini. Iklan ini mengingatkan kita bahawa setiap perjalanan bukan sekadar destinasi, tetapi juga tentang menghargai masa lalu.

4. Kiehl’s – Cahaya Raya

@mykiehls

Ep. 1: Puas betul tengok Raya jerit macam tu. Kalau korang pula, agaknya apa yang buat korang rasa nak menjerit sekarang? Nantikan episod #KiehlsCahayaRaya seterusnya yang akan datang tak lama lagi! #MYKiehls

♬ original sound – Kiehl’s Malaysia – Kiehl’s Malaysia

Kiehl’s mempersembahkan Cahaya Raya, mini siri eksklusif yang menginspirasi tentang keyakinan dan keindahan diri. Bukan sekadar kisah cinta, tetapi perjalanan menyentuh hati dalam mencari sinar sebenar dalam diri. Tahun ini, Kiehl’s tampil dengan sesuatu yang berbeza, membawa cerita yang penuh makna dan inspirasi!

5. PTPTN – Seriuslaahhh!

Raikan Syawal dengan lebih meriah dan menangi duit raya lebih RM200,000! Hanya simpan serendah RM100 (Prime) atau RM50 (Plus) di Simpan SSPN. Lebih banyak simpanan, lebih cerah peluang untuk menang!

6. CelcomDigi – Syukur

Di sebalik ujian yang mendatang, Melor mencari sinar harapan untuk menyambut Aidilfitri. Mampukah dia mengubah dugaan menjadi kekuatan dan berkongsi kebahagiaan dengan ibunya? Sebuah kisah penuh emosi tentang ketabahan, kasih sayang, dan erti sebenar Syawal. Siap ada penampilan istimewa dari Yuna!

7. Watsons – Raya Terunggul

Watsons dengan iklan raya epik memang tak dapat dipisahkan! Tahun ini, Watsons kembali dengan Raya Terunggul, sebuah filem pendek penuh aksi, gelak tawa, dan semangat kekeluargaan. Lebih epik, ia menyatukan tiga karakter legenda iaitu Adnan Sempit, Mami Jarum, dan DCP Datuk Helmi dalam satu misi istimewa.

8. Takaful Ikhlas – Raya G.P.T

Takaful IKHLAS membawakan kisah tiga sepupu yang terlalu bergantung pada teknologi, sampai nak beraya pun kena rujuk Chat GPT! Dengan gelagat mencuit hati dan barisan pelakon seperti Nabila Razali, Fimie Don, dan Dalia Farhana, Raya mereka penuh kejutan. Persoalannya, jadi ke tak jadi raya kali ini?

9. Agrobank – Terimalah Mama & Papa

Sepasang ibu bapa mualaf menanti kepulangan anak mereka untuk menyambut Syawal, namun kehadirannya tetap dinanti tanpa kepastian. Justeru, di saat harapan hampir pudar, sebuah kepulangan yang lebih bermakna akhirnya menjelma. Anak mereka bukan sekadar pulang, tetapi membawa hadiah terindah, penerimaan dan kasih sayang tanpa syarat.

10. Tropicana – Kekalkan Tradisi Di Mana Saja

Bagi Aizat, beraya di KL lebih mudah, tapi bagi keluarganya, kampung adalah jiwa tradisi.

nenek

Dalam video raya Tropicana 2025 Kekalkan Tradisi Di Mana Saja!, dia perlahan-lahan memahami erti sebenar Aidilfitri. Namun, di sebalik kemeriahan, satu kejutan mengubah segalanya.

11. Fanta – Mesrakan Raya Dengan Fanta

Tahun ni Fanta cipta kelainan dengan mempersembahkan lagu raya yang buat korang rasa nak berjoget sambil minum Fanta! Dengan lirik yang catchy dan vibe yang ceria, lagu ni memang wajib masuk playlist raya korang.

12. SIRIM – Budak Kucing

Tahun ni, SIRIM tampilkan iklan raya yang menyentuh hati, bertajuk “Budak Kucing & Teknologi SIRIM” membawa mesej kasih sayang, empati, dan keprihatinan, bukan je untuk manusia, tapi juga untuk haiwan.

13. ASNB – Amanah Sulung

Anak sulung sering memikul tanggungjawab tanpa mengeluh, mengutamakan keluarga melebihi diri sendiri. Aidilfitri ini, hargai pengorbanan mereka yang sentiasa memberi tanpa mengharapkan balasan.

14. Cosmoderm – Mahsuri & 5 Permaisuri

Korang boleh bayangkan tak kalau para lelaki hilang di muka bumi ni selama 7 tahun? Inilah yang terjadi dalam kisah raya epik Cosmoderm – Mahsuri Tersalah Sumpah!

Kini lima Permaisuri perlu menghilangkan sumpahan tersebut dan memulihkan Raya, di samping mencari rahsia sebenar kecantikan Mahsuri.

15. Grab – Kebaikan Dalam Setiap Pesanan

Iklan raya Grab tahun ini menampilkan kisah sebenar dari rakan pemandu dan penghantar yang mencari rezeki setiap hari. Setiap pesanan membawa erti, bukan sekadar perjalanan tetapi juga sumber kebahagiaan. Raikan Ramadan dan Syawal dengan berkongsi kebaikan bersama Grab!

16. redONE – Setulus Hati Aman & Iman

redONE Mobile mempersembahkan Setulus Hati Aman & Iman, kisah pagi raya yang penuh kecoh dan kelakar di rumah Mak Tok. Dengan keletah nakal Aman dan Iman, tak semena-mena Paksu jadi tak keruan! Nak tahu apa yang jadi? Jom tonton dan enjoy gelak tawa bersama.