Tidak kira berapa umur anda, apabila uban sudah mula muncul, ia bagaikan isyarat ‘masa dah berlalu’. Helaian putih itu adalah musuh senyap yang buat ramai lelaki mula hilang keyakinan diri dan sebagainya.

Pewarna rambut? Memang boleh, tapi prosesnya leceh dan hasilnya kadang-kadang terlalu ketara sehingga orang boleh perasan perubahan mendadak.

Alpecin Grey Attack, produk pilihan lelaki di UK

Tahukah anda bahawa Alpecin Grey Attack, syampu dari Jerman sudah mencipta fenomena di UK? Mana tidaknya, sejak pelancarannya, syampu ini laris macam pisang goreng panas dengan peningkatan jualan sebanyak 2000%!

Berbanding pewarna rambut tradisional yang leceh dan nampak ‘over’, Alpecin Grey Attack guna pendekatan lebih halus dan natural menjadikan ia pilihan ramai lelaki di UK.

Hanya cuci rambut anda seperti biasa dan pada setiap kali penggunaannya, uban akan pudar sedikit demi sedikit. Anda tidak perlu risau orang akan perasan perubahan mendadak, kerana mereka hanya akan nampak anda makin segak dan mereka tidak tahu rahsianya!

Lebih sekadar syampu, Alpecin Grey Attack ‘hero’ rambut anda

Apa yang buat Alpecin Grey Attack berbeza? Ia tampil dengan teknologi repigmentasi inovatif dimana ia menggunakan bahan aktif 5, 6-dihydroxyindole (DHI) yang bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan pigmen warna.

Ini bermaksud uban hilang secara perlahan-lahan dan rambut nampak semula jadi tanpa bahan kimia keras seperti ammonia atau hidrogen peroksida. Hasilnya? Rambut kekal sihat, kuat dan bebas daripada kerosakan.

uban

Bukan sahaja Alpecin Grey Attack membantu mengurangkan uban, ia juga mengandungi kompleks kafein yang terkenal untuk menyegarkan kulit kepala dan menguatkan akar rambut.

Dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap, tambahan kafein ini memberikan kesegaran dan tenaga yang diperlukan oleh rambut kita.

Rambut uban berkurang dalam masa 2 minggu

Betul ke berkesan? Christoph yang berusia 37 tahun mula hilang keyakinan sebab uban yang makin ketara. Dia rasa semua orang memperhatikan ubannya setiap kali dia bercakap.

Akan tetapi, selepas menggunakan syampu kafein Alpecin, dia sudah nampak hasil!

“Dah hampir 2 minggu guna, uban kat atas kepala berkurang ketara. Hanya dengan tukar syampu, saya dapat atasi uban dan rambut gugur, jimat masa dan wang!” ujarnya.

Selamat tinggal uban, kembalikan keyakinan

uban

Adakah anda sudah bersedia untuk upgrade rutin rambut anda? Dengan Alpecin Grey Attack, rambut uban anda akan berkurangan dengan kesan seawal 2 minggu*.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini dan dapatkan Alpecin Grey Attack di sini. Cepat dapatkan untuk tangani masalah rambut uban segera!

*Dengan penggunaan setiap hari, berdasarkan kajian makmal Dr. Wolff pada helaian rambut dan penilaian visual. Hasil akhir mungkin berbeza bagi setiap individu.