Dalam sukan elit, doping digunakan kerana ia meningkatkan prestasi—lebih laju, lebih tahan dan pulih lebih cepat, sebab itu ia dilarang.

Sama ada untuk berlari lebih laju, mengekalkan ketahanan lebih lama atau pulih lebih cepat, bahan-bahan tertentu mampu mengubah prestasi di tahap tertinggi menjadi sebabnya ia dilarang.

Alpecin

Ironinya, salah satu bahan yang paling digeruni itu adalah kafein. Ya, bahan yang sama dalam kopi pagi anda. Dari 1984 hingga 2004, IOC meletakkannya dalam senarai larangan kerana kuasa meningkatkan ketahanan, fokus dan masa reaksi.

Atlet yang melebihi had 12 mikrogram/ml air kencing boleh digantung penyertaan. Ini kerana kafein mampu meningkatkan ketahanan, fokus dan masa reaksi, memberi kelebihan kompetitif yang signifikan.

Bukti tempatan: fakta, bukan spekulasi

Dari Olimpik ke arena tempatan, kuasa prestasi sentiasa diperhatikan.

Dari trek balapan hingga ke gelanggang, ada atlet yang terhenti langkahnya apabila ujian positif mendedahkan penggunaan bahan yang meningkatkan tenaga atau kekuatan.

2014: Lee Chong Wei telah digantung selepas didapati positif menggunakan bahan anti-radang yang biasa digunakan dalam proses pemulihan kecederaan.

2023: Seorang atlet lompat tinggi kebangsaan didapati positif menggunakan agen penurunan berat badan yang diharamkan dimana mampu meningkatkan tenaga dan ketahanan.

2024: Peserta Mr Malaysia digantung kerana steroid anabolik, terkenal meningkatkan kekuatan dan jisim otot.

Kes-kes ini, walau berbeza disiplin, berkongsi satu hakikat iaitu bahan yang benar-benar memberi kelebihan prestasi akan sentiasa diperhatikan dengan teliti, tanpa mengira status atau pencapaian.

Dulu dilarang, kini sah untuk prestasi kulit kepala

Hari ini, kuasa kafein yang pernah digeruni di dunia sukan kini bermain di gelanggang baharu — botol syampu dan tonik di bilik mandi lelaki moden.

Jika dulu ia memberi pelari kelebihan di trek, kini ia memberi akar rambut anda daya tahan dan tenaga untuk ‘menang’ setiap hari.

Kalau anda jaga badan, kerja dan kewangan, rambut pun patut dapat rutin yang terbukti. Formula Alpecin bagaikan jurulatih peribadi untuk kulit kepala.

Alpecin: Kafein Pernah Diharamkan Oleh IOC, Kini Rahsia Untuk Melawan Keguguran Rambut

Ia membantu untuk merangsang akar seawal dua minit, mengekalkan ‘latihan’ sehingga 24 jam dan membekalkan tenaga yang diperlukan untuk rambut tumbuh lebih sihat, kuat dan berdaya tahan.

Inilah prestasi yang tidak lagi diukur dengan pingat, tetapi dengan setiap helai rambut yang kekal kukuh di tempatnya.

Bukti saintifik, bukan sekadar janji

Penyerapan pantas: Dikesan dalam folikel rambut selepas hanya 2 minit, kekal aktif sehingga 24 jam [1][2].

Setanding keberkesanan ubat: Dalam kajian klinikal, Alpecin Caffeine Liquid menunjukkan peningkatan aktiviti akar rambut yang setanding dengan larutan 5% minoksidil [3].

Sokongan penyelidikan: Lebih 15 tahun penyelidikan dan 14 kajian diterbitkan [4].

Kekuatan formulasi: Label produk disertakan amaran khas untuk atlet profesional [5].

Rutin prestasi, bukan kosmetik biasa

Alpecin bukan sekadar syampu atau tonik tetapi ia adalah pelan latihan untuk rambut anda.

Langkah 1 (pagi): Alpecin C1 Caffeine Shampoo — urut kulit kepala selama 2 minit, bilas.
Langkah 2: Alpecin Caffeine Liquid — sapu terus ke kulit kepala, tanpa bilas.

alpecin

Rutin ini mudah digabungkan dengan penjagaan diri harian, tetapi kesannya bertahan sehingga 24 jam pada akar rambut seperti latihan yang berterusan walaupun anda sibuk dengan urusan seharian.

Mulakan dengan C1 pagi ini, tambah Liquid selepas mandi, 2 minit cukup, biar kafein bekerja 24 jam.

Lelaki yang mahu kelebihan sah, ringkas dan disokong sains, lebih baik mula gunakan Alpecin terutama apabila terlihat tanda penipisan atau hairline mula surut.

Alpecin boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring, BIG PHARMACY, AEON Wellness, Shopee dan Lazada. Kerana dalam dunia yang sentiasa menilai prestasi, jangan biarkan garis rambut anda menjadi tanda kekalahan.

Nota rujukan:
[1][2] Caffeine shampoo detectable in the hair follicle for 24 hours after only 2 minutes of exposure: Otberg N, Teichmann A, Rasuljev U, Sinkgraven R, Sterry W, Lademann J (2007). Skin Pharmacol Physiol.; 20(4):195-8.
[3] Alpecin Caffeine Liquid shows comparable effectiveness against hereditary hair loss as the drug treatment with Minoxidil: Dhurat R, et al. (2017). Skin Pharmacol Physiol.; 30(6):298-305.
[4] 14 scientific studies; >15 years of research.
[5] Athlete warning on product label.