Seramai 201 lelaki sebuah spa di Jalan Raja Laut ditahan kerana terlibat aktiviti luar tabii dan tidak bermoral.
Mereka yang ditahan berusia antara 19 hingga 60 tahun telah ditahan pada jam 8 malam semalam melibatkan pasukan polis darupada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Menurut kenyataan oleh oleh polis seramai 17 daripada yang ditahan adalah penjawat awam termasuk pakar bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru dan pegawai agensi penguat kuasa.
Dalam kenyataannya, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar menyatakan bahawa, operasi tersebut dibuat ashil risikan dan pemantauan terhadap premis dua tingkat sejak dua minggu lalu, selepas menerika maklumat daripada orang awam.
Azani menegaskan: “Hasil risikan mendapati terdapat aktiviti tidak bermoral di lokasi ini melibatkan lelaki yang dipercayai terlibat dalam hubungan sejenis atau homoseksual.
“Premis ini menyamar sebagai pusat kesihatan yang dilengkapi gimnasium, sauna, spa, kolam renang dan ‘rest room’ untuk lelaki, dan dipercayai telah beroperasi sejak lapan bulan lalu dengan caj pendaftaran seumur hidup RM10 dan bayaran RM35 bagi setiap kunjungan.
“Kami percaya premis ini mempromosikan pusat kesihatan mereka melalui media sosial dan pelanggan akan berjumpa pelanggan lain di premis ini.
Kesemua suspek akan menjalani siasatan lanjut di bawah Seksyen 387B Kanun Keseksaan atas kesalahan seks luar tabii.
Selain warga tempatan, polis turut menahan individu dari Korea Selatan, Indonesia, Jerman dan China dalam opersasi tersebut.
Sementara itu, seramai 80 orang lelaki beragama Islam ditahan di bawah Seksyen 29, Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah, kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.