Seramai 1,789 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 didapati gagal dalam semua mata pelajaran atau dapat semua G yang diambil, menurut pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.

Perkhabaran itu kurang menyenangkan kerana generasi muda ini akan menjadi tunjang kepada pembangunan negara di masa akan datang.

Calon dapat semua G meningkat

Ianya adalah peningkatan sebanyak 322 calon gagal semua mata pelajaran atau semua G, berbanding 1,467 calon yang mencatat keputusan serupa pada tahun 2023.

semua g

Perkara tersebut diumumkan dalam Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 yang diadakan secara langsung dari Putrajaya baru baru ini.

Lebih 14,000 dapat ‘straight A’

Seramai 116,108 calon pula dilaporkan gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut, mencatatkan penurunan berbanding 119,393 calon pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Azman Haji Adnan juga telah memaklumkan bahawa seramai 14,179 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang, iaitu merangkumi gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

KPM
Foto: BH Online

Dipetik daripada laman Malaysia Gazette, beliau berkata: “Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menilai pendekatan bagi kumpulan ini bagi peperiksaan SPM 2025 termasuk memperkukuhkan program pemulihan berkaitan dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

“Selain itu, kita juga sedang memperluaskan inisiatif sokongan akademik yang bersasar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk membantu pelajar khususnya yang berisiko tinggi dan memberi intervensi lanjutan.”

dapat semua g spm meningkat
Foto: Siakap Keli

Seterusnya beliau juga menganggap analisis ini penting dalam membantu menyediakan sokongan kepada pelajar pelajar ini di masa akan datang.

“Ini penting supaya kita dapat bersedia lebih awal bagi menangani kemungkinan berlakunya isu-isu sepert ini pada masa depan khususnya dalam kalangan murid yang memerlukan sokongan khas,” tutup Datuk Haji Azman.

Senarai Sekolah Terbaik Keputusan SPM 2024