Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak pada hari ini.
Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak 44 tahun dilakukan di hadapan Majistret, S.Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Baca Juga:
- Polis Masih Cari Bukti Rakaman Dashcam Insiden Langgar Calon SPM Sehingga Maut
- Keluarga Calon SPM Maut Dilanggar Layak Terima Pampasan Sebanyak RM7,000
- Saksi Dakwa Pegawai Polis ‘Lenyek’ Semasa Mangsa Sudah Serah Diri
Selain itu, difahamkan bahawa sebanyak lima buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai polis yang dipercayai membunuh calon SPM setelah tamat prosiding di mahkamah.
Sebanyak lima buah kereta milik PDRM digunakan untuk membawa keluar pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, setelah tamat prosiding pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin.… pic.twitter.com/DD2uJEp83a
— SinarHarian (@SinarOnline) December 18, 2023
Pihak polis juga telah mengambil langkah keselamatan dengan mewujudkan kawalan ketat di sekitar lokasi mahkamah.
Di samping itu, sebahagian media meluahkan rasa kecewa dengan sikap polis yang mengiringi suspek kerana tidak memberi ruang kepada jurugambar untuk mengambil gambar suspek.
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh Malaysia Gazette, kedengaran permintaan jurugambar membuat permintaan kepada polis pengiring untuk memberi ruang agar mereka boleh mengambil gambar, tetapi tidak diendahkan oleh pegawai polis tersebut.
Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian netizen dengan kebanyakannya mempersoalkan tindakan polis pengirin tersebut.
Aku ingat lagi kes aku, padahal kes bodoh je bukan main dia susun kiteorang supaya media senang amik gambar. Aku dia letak depan sekali. Beria sekali. Time geng dia kena, huhuhuhu lindung habis muka orang tu. https://t.co/Er0yzp6ttF
— HermyR (@HermyRahim) December 18, 2023
Untunglah naik kereta.. OKT lain naik black maria je.. 😆
— Adipati Sastroe Abd Rahman (@duittonium) December 18, 2023
Kalau orang awam bersalah, dedah sededah dedahnya muka/publisiti, kalau geng depa, bukan main lagi elak media bagai😏😒 kasta madapaker..
— pena.luk (@n4sville) December 18, 2023
@PDRMsia ensure dapat hukuman setimpal! no double standard. people are watching. even indonesia telus & detail dalam kes ferdy sambo.
— RafiqahSahira (@rafiqah_sahira) December 18, 2023
Ingatkan baran sangat, rupanya pemalu orangnya sampai menyorok belakang polis lain. Lepas tu balik naik kereta Preve ada aircond pulak. OKT 302KK lain naik black maria je. Bestnya jadi polis. https://t.co/a5fHTo8zCK
— Abah (@chairmanGLC) December 18, 2023