Kebanyakan netizen bersimpati dengan nasib pelajar tingkatan 5, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang bersekolah di Jalan Taman Jati, Ipoh yang maut dipercayai dilanggar seorang anggota polis semalam.
Kisah itu tular di media sosial dengan kebanyakan netizen berang dengan tindakan melulu pegawai polis tersebut yang mengikut perasaan.
Baca Juga:
Terbaharu, tular di media sosial sebuah tangkap layar seorang individu yang mendakwa bahawa beliau adalah saksi kejadian.
Menurut kenyataan beliau, difahamkan bahawa pegawai polis tersebut melanggar mangsa yang sudah pun menyerah diri dengan memperlahankan motosikalnya.
“Saya saksi keadaan depan mata saya, polis tu ligan (kejar) mangsa satu taman sampai dekat simpang tiga, mangsa give up (menyerah diri).
“Dia slowkan (perlahankan) motosikal dia, jarak motosikal dengan polis tu empat ke lima meter. Dia slowkan motosikal dia dengan harapan kereta belakang yang kejar tu ikut slow.
“Tapi kereta tu langgar terus mangsa. Dua tayar kanan lenyek abdomen kanan mangsa. Saya saksi betul-betul depan kemalangan itu. Saya dekat tepi bahu jalan (semasa kejadian),” katanya.
Menerusi perkongsian netizen di media sosial, difahamkan bahawa anggota polis itu memandu kereta jenis Perodua Ativa dipercayai milik isterinya yang juga seorang guru sekolah.
Selain itu, kejadian itu difahamkan bermula disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang membuat bising dengan membunyi eksoz motosikal ketika perjalanan pulang dari sekolah.
Untuk rekod, anggota polis itu kini sudah ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman pada hari ini untuk siasatan lanjut.
Selain disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya, siasatan akan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan mematikan orang atau membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.