1809 artikel telah diterbitkan oleh tim Vocket dari 1 Januari 2015 hingga 25 Disember 2015. Daripada jumlah itu kami menyenaraikan 1% artikel Vocket yang paling popular dan paling banyak dibaca oleh peminat dan pembaca Vocket dalam tempoh tersebut.

18 Artikel Paling Popular Di Vocket Sepanjang Tahun 2015

18. Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai

ainaa milan

  • Tarikh: 13 Ogos 2015
  • Kategori: Kehidupan
  • Penulis: Ida Latif
  • Sinopsis: Mengisahkan seorang wanita yang bertugas di luar negara telah menarik perhatian orang-orang Itali apabila dia memakai baju kurung ketika di sana.

17. Lelaki Ini Berkata Beliau Tidak Mampu Menampung Isterinya, Dan Dia Betul

lelaki isteri

  • Tarikh: 22 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan
  • Penulis: Nurulwahida Othman
  • Sinopsis: Mengisahkan seorang lelaki yang tidak membenarkan isterinya bekerja tetapi tidak dapat menampung isterinya itu.

16. Orang Tabligh Tidak Bela Anak Dan Isteri? Ini Jawapan Seorang Tabligh

tabligh

  • Tarikh: 18 Mei 2015
  • Kategori: Kehidupan (Suara)
  • Penulis: Diyana AR
  • Sinopsis: Mendedahkan kehidupan seorang tabligh yang kaya dan berjaya walaupun keluar meninggalkan keluarga untuk berdakwah.

15. Siapa Sangka Kamera iPhone Sebenarnya Mempunyai 10 Fungsi Menarik

iphone

  • Tarikh: 25 Februari 2015
  • Kategori: Teknologi
  • Penulis: Ahmad Niza
  • Sinopsis: Mendedahkan tip dan trick untuk menggunakan kamera iPhone semaksima mungkin.

14. Rumah Lama TTDI Mendapat Sentuhan Moden Kontemporari Ini Dikagumi Orang Ramai

rumah ttdi

  • Tarikh: 28 Mei 2015
  • Kategori: Dunia (Senibina/Hiasan)
  • Penulis: Diyana AR
  • Sinopsis: Memaparkan hasil pengubahsuaian sebuah rumah lama di Taman Tun Dr Ismail yang pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

13. Kisah Sebenar Kenapa Ibu Muda Ini Menamatkan Langganan Astro Beliau

ibu astro

  • Tarikh: 17 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Suara)
  • Penulis: Rizmi Roslan
  • Sinopsis: Membongkarkan punca sebenar seorang ibu yang bekerja dari rumah membatalkan perkhidmatan Astro di rumahnya.

12. Tidak Boleh Dimasuki Sewenang Wenangnya, Tempat Ini Digelar Syurga Tersembunyi Malaysia

air terjun

  • Tarikh: 28 Mac 2015
  • Kategori: Dunia (Travel)
  • Penulis: Mr Vocket
  • Sinopsis: Memaparkan keindahan sebuah air terjun tersembunyi di Selangor yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran alam.

11. Greece Kehabisan Wang Tunai Dan Ini Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Tahu

greece

  • Tarikh: 1 Julai 2015
  • Kategori: Dunia
  • Penulis: Diyana AR
  • Sinopsis: Mendedahkan kepada rakyat Malaysia bagaimana sebuah negara bernama Greece di benua Eropah ini mengalami tragedi ekonomi sehingga ia muflis dan menyukarkan kehidupan rakyatnya.

10. Lelaki Ini Berkongsi Cara Paksa Diri Untuk Menabung. Memang Best!

tabung duit

  • Tarikh: 16 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Suara)
  • Penulis: Nurulwahida Othman
  • Sinopsis: Mendedahkan cara seorang usahawan menyimpan wang dengan menggunakan tabung.

9. Ini Mungkin Surau Tercantik Di Pusat Membeli Belah Di Malaysia. Menakjubkan!

surau

  • Tarikh: 23 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Senibina/Hiasan)
  • Penulis: Nurulwahida Othman
  • Sinopsis: Memperkenalkan surau di pusat membeli-belah yang mempunyai hiasan dalaman yang cantik dan menarik.

8. 20 Idea Bilik Kecil Untuk Tampil Kreatif Dan Menarik

bilik tidur

  • Tarikh: 21 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Senibina/Hiasan)
  • Penulis: Diyana AR
  • Sinopsis: Mengetengahkan idea-idea menghias dan menyusun atur bilik tidur bersaiz kecil.

7. Bagaimana Saya Mengesan Pemandu Yang Langgar Lari Kereta Isteri Saya Dalam Tempoh 5 Jam

kereta

  • Tarikh: 23 Februari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Suara)
  • Penulis: Ahmad Niza
  • Sinopsis: Mendedahkan cara mengesan kenderaan hanya melalui nombor pendaftaran kenderaan di internet.

6. 9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia

hotel

  • Tarikh: 3 Jun 2015
  • Kategori: Travel
  • Penulis: Ida Latif
  • Sinopsis: Menyenaraikan tempat percutian mewah di atas air yang terdapat di Malaysia.

5. Siapa Sangka Pertemuan Singkat 3 Minggu Membawa Pasangan Ini Ke Jinjang Pelamin. Sweetnya!

kahwin

  • Tarikh: 16 Februari 2015
  • Kategori: Kehidupan
  • Penulis: Ida Latif
  • Sinopsis: Mengisahkan tentang dua orang pelajar Malaysia di luar negara yang hanya bertemu sekali sahaja dan mengambil keputusan untuk berkahwin 3 minggu selepas itu.

4. 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali. Yang Nak Honeymoon Pasti Suka!

hotel bali

  • Tarikh: 2 Januari 2015
  • Kategori: Dunia (Travel)
  • Penulis: Ida Latif
  • Sinopsis: Menyenaraikan hotel-hotel di Bali, Indonesia yang menyediakan kolam renang di bilik hotel dengan tawaran harga yang murah.

3. Wanita Ini Hanya Berkongsi Minyak RM5, Tetapi Apa Beliau Dapat Selepas Itu Sungguh Priceless

minyak

  • Tarikh: 23 Januari 2015
  • Kategori: Kehidupan (Suara)
  • Penulis: Nasoha
  • Sinopsis: Mengisahkan pengalaman seorang wanita di stesen minyak yang bertemu dengan seorang penunggang motosikal yang belum mendapat gaji bulanan.

2. Tidak Cukup Dengan Dua Majlis, Pasangan Ini Adakan Majlis Perkahwinan Ketiga Dengan Gaya Sempoi

kahwin 2

  • Tarikh: 3 Mac 2015
  • Kategori: Kehidupan
  • Penulis: Vocket Trooper
  • Sinopsis: Memaparkan sebuah majlis perkahwinan gaya indie yang jarang sekali dilakukan di Malaysia ini telah mencetuskan rasa ingin tahu yang tinggi di kalangan pembaca dan peminat Vocket.

1. Jangan Berani Memiliki Kereta Sendiri Kalau Tidak Tahu 22 Perkara Penting Ini

kereta 3

  • Tarikh: 28 Februari 2015
  • Kategori: Teknologi (Automotif)
  • Penulis: Nasoha
  • Sinopsis: Mendedahkan 22 perkara asas yang mesti diketahui oleh pemilik dan pemandu agar kereta sentiasa dalam keadaan baik.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram