Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah menetapkan tarikh 18 September depan sebagai tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kedua dua ibu bapa Zayn Rayyan – Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abudl Manaf – telah didakwa mengabaikan kana-kanak austisme itu, pada Disember tahun lalu.

Kedua dua pasangan suami isteri itu telah dituduh mengabaikan kanak kanak dengan kemungkinan menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak autisme itu – pada Disember tahun lalu.di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Dan kedua dua mereka mengakui tidak bersalah di atas pertuduhan tersebut.

Dipetik daripada laporan Buletin TV3, Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh menyatakan tarikh tersebut dipilih untuk memberikan peluang kepada pihak pendakwaan menyediakan semua dokumen yang berkaitan dengan pendakwaan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar mengesahkan bahawa pihak mahkamah masih belum menerima laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).

Dan mereka telah memohon tarikh baharu bagi melengkapkan semua dokumen pendakwaan ke atas Zaim dan Ismanira – di mana peguam yang mewakili kedua dua pasangan suami isteri itu sudah dimaklumkan tentang perkara tersebut.

Sebagai rekod, kanak kanak bernama Zayn Rayyan, telah dilaporkan hilang pada 6 Disember tahu lalu. Dan selepas operasi besar besaran dilancarkan untuk mencarinya, polis menemui mayat Zayn Rayyan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.