Nampaknya sebuah lagi rekod berjaya dibuat oleh Lazada setelah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkan barangan runcit iaitu Milo menerusi laman penjualan atas talian.

Menerusi laporan terbaru yang dikongsikan Lazada Malaysia, sebanyak 2.7 tan Milo berjaya dibeli oleh pengguna Malaysia dalam jangka masa dua jam selepas dibuka jualan pada 12 tengah malam tadi. Rekod yang dikongsikan ini turut mengejutkan ramai melihatkan kepada jumlah Milo yang terjual.

https://twitter.com/LazadaMY/status/1061545229906436096

Berdasarkan laporan yang dikongsikan, dapat dikatakan Orang Malaysia sememangnya menjadikan minuman coklat Milo sebagai pilihan utama serta menggunakannya dalam kuantiti yang tinggi. Buat anda yang ingin turut serta untuk mendapatkannya anda boleh klik disini.

Nantikan lagi lebih banyak laporan mengenai Single’s Day Lazada yang berlangsung sehingga jam 12 tengah malam ini. Setakat ini, 11 unit Volkswagen Polo telahpun habis terjual dalam jangka masa satu minit selepas tawaran dibuka di Lazada.