Sebuah klip video menunjukkan jurulatih pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka bertindak menampar dua pemainnya ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja B14 di Kota Tinggi, Johor telah tular di media sosial.
Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember 2022.
https://twitter.com/jllmisai/status/1609494359342469130
Hal ini telah mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada segelintir netizen mengatakan ia perkara ‘biasa’ dan mereka pernah mengalaminya ketika zaman belajar.
Justeru itu, Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh melahirkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku ini dan telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung perkara ini.
This is wrong. Spoken to @FadhlinaSiddiq and we are both getting more information on this incident. https://t.co/cXOvgTebYF
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) January 1, 2023
KPM tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan.
Laporan penuh menyusul dan @KemPendidikan mohon saksi untuk tampil beri keterangan.
Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan. https://t.co/1MDUbCwwXx
— Fadhlina Sidek (@FadhlinaSiddiq) January 1, 2023
Fadhlina Sidek berkata bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu. Malah, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden ini supaya tampil memberi keterangan.