Semalam tular video menunjukkan beberapa motosikal terlibat kemalangan ngeri. Dan Sinar Harian kemudian melaporkan bahawa kejadian itu berlaku di Persiaran Raja Muda Musa.
Kemalangan itu berakhir dengan tragedi di mana 2 daripada mangsa yang terlibat telah maut dalam kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi melibatkan 4 motosikal jenis Yamaha 125ZR, Yamaha Lagenda 115Z, Yamaha Y16ZR dan Honda RS-X FS150 yang ditunggang secara laju.
Polis turut mengesahkan bahawa beberapa kumpulan motosikal telah melakukan aksi bahaya di sepanjang jalan bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran menghala ke Pelabuhan Klang serta berpatah balik dengan membuat beberapa pusingan.
Cha Hoong Fong berkata: “Salah sebuah daripada motosikal yang berada di kumpulan itu telah terbabas sebelum dirempuh beberapa motosikal lain.
“Kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki berusia 16 dan 21 tahun meninggal dunia. Seorang maut di lokasi kejadian, manakala seorang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.”
A 16-year-old boy was among two motorcyclists killed in an accident at Persiaran Raja Muda Musa in Klang following illegal motorcycle racing.
Read more at https://t.co/Ki0PLlDCN4 pic.twitter.com/DHNVl44ULH
— The Star (@staronline) August 5, 2024
Polis menjalankan siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber yang sama juga melaporkan bahawa, Cha Hoong Fong mendedahkan bahawa kawasan tersebut seringkali menjadi litar untuk golongan remaja melakukan aktiviti motosikal berkumpulan yang berbahaya walaupun sudah beberapa siri operasi dilakukan pihak polis.
Lantas beliau menyeru agar ibu bapa dan penjaga lebih peka dan prihati mengawal anak anak di bawah jagaan mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti lumba haram yang boleh mengancam nyawa mereka dan pengguna jalan raya yang lain.