Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berminat apabila mendengar gaji lumayan yang ditawarkan untuk bekerja sebagai pemetik buah di Australia.

Sesiapa pun akan teruja bila mendengar ada yang mampu menjana sehingga RM12 ribu sebulan hasil kerja- kerja di ladang di sana.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tapi benarkah begitu? Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran kerja yang perlu dilakukan di sebalik gaji lumayan yang telah digembar-gemburkan?

Berikut saya bawakan catatan pengalaman yang telah dikongsikan oleh seorang pemuda bernama Encik B yang telah 2 minggu bekerja di ladang buah-buahan di Melbourne, Australia.

Menurut Encik B, tujuan beliau ke Australia lebih kepada untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di ladang di negara ini.

Atas permintaan Encik B, nama sebenar beliau dirahsiakan. Ikuti catatan beliau di bawah:

Duduk luar ni kadang bukan idea yang baik. Malam suhu drop sampai 18°, siang panas sampai 42°.

Siapa yang badan tak cukup kuat boleh kena demam panas. Kerja? Pernah tengok Bangla kerja? Haahahah sama la aku dengan depa. Aku cadangkan siapa yang nak mai sini acah-acah kerja ladang kumpul duit fikir 2 kali. Kalau nak cari pengalaman ok je. Yang best view dia cantik dan tenang.

Bertubi-tubi orang PM aku pasal kerja kat Australia. Sorry abang-abang, kakak-kakak. Ini bukan kerja mudah. Biar aku story sikit kat sini apa itu kerja ladang di Australia.

Ramai orang terliur dengan gaji RM12k sebulan. Memang boleh. Orang Indonesia dan Vietnam kat sini boleh buat sampai RM20k sebulan. Tapi tak semudah tu la nak dapat RM12k tu. Kerja sini perlukan skill.

Bulan pertama biasanya kerja memang tak boleh buat duit sebab skill masih tak ada. Jadi duit semua lalu je depan mata untuk bayar rumah, transport dan makan.

So bulan kedua baru mula boleh buat duit. By that time, masa tak banyak dah. Sebulan setengah je lagi. Nak cover modal awal lagi plus dah berhenti kerja. Nak bayar komitmen kat Malaysia lagi. Tu yang end up ramai yang overstay.

Hari ni dapat paling sikit. 38AUD je. Nak makan apa? Transport 8AUD, rumah 13AUD, makan 5AUD. Dapat la simpan sikit. Jam 12 tengahari dah kena stop kerja kat ladang sebab cuaca panas sangat (41 degree). Boss takut kita orang jatuh sakit nanti susahkan dia pulak.

Dira, anjing kebun ni. Kalau panggil je nama dia mesti dia datang. Boleh jadi penghibur kat sini.

Semalam potong pokok anggur pakai gunting kecik. Rasa macam tebang balak pakai pisau dapur. Macam nak mati. Nak buat macam mana. Layankan.

No more Converse or Docmart. Yang ada cuma kasut 5AUD dari Coles. Hahahaa.

Kalau orang tanya kenapa aku buat semua ni jawapan aku simple – “bila lagi nak merasa”.  Sebab melangkah keluar bukan jalan terbaik, kadang bertahan juga bukan jalan yang baik untuk kita. Nasib orang berbeza-beza. Cheers.

Ada 1001 cerita orang-orang kat sini. Ada yang nak kumpul duit muka kereta, duit nak kahwin, nak buat bisnes, lari dari along dan bank. Tapi yang berhasil tak ramai.

Baca: 19 Tip Mengembara Dengan Lebih Murah Di Australia

Kerja ladang tak mudah. Memang macam Bangla la. Aku admit yang rupa aku pun dah macam Bangla. Hitam! Beza rambut aku je dreadlock, hahaha.

Korang kalau kat Malaysia sanggup buat kerja 3D ok la nak datang sini. Kalau jenis kerja pejabat tangan lembut takut pecah, cuci baju pun mak yang cucikan baik tak payah la. Tapi semua atas diri sendiri. Nak dengan tak je.

Kereta drift ni tersadai pulak tengah-tengah kebun ni. Minyak habis. Nasib baik view lawa, huhuhu. Feeling-feeling aurora kaler pink. Hahahah.

Petang ni kami menebas pokok anggur bersama. Balik Malaysia confirm tough. Aron Ajis lalu sebelah mesti jeling punya. Buat awek-awek yang single sila queue. Kang aku dah tough aku tak layan dah. Hahaha!

FB_IMG_1457063528088

Gambar ni kat sungai Kings Billabong. Kami pergi memancing. Mancing kat sini kena pakai lesen. Bayar lesen 14AUD seminggu. Kalau kena tangkap polis marin boleh kena saman 200-700AUD, depends kita dah naik ikan ke belum.

Cuaca kat sini gila. Sekarang bulan Mach (masih musim panas) pagi suhu cecah 15°C. Tengahari suhu boleh cecah 43°.

Sorry aku tak nak pampered korang dengan beutiful lies, cerita-cerita best saja. Benda yang best kat sini banyak jugak macam kawan-kawan satu rumah yang gila-gila dan pemandangan dia superb. Tapi apa pun kita buat kena enjoy. Hahahah

Apa pun jangan  surrender. Sekali dah melangkah kasi sampai habis. Biar kaki patah. Merangkak pun tak apa, haahahhahah!

Gua respek budak-budak sini jiwa masing-masing kental walau awalnya bertahan dengan keterpaksaan. Cheers.

Mahu migrate ke Australia? Baca 18 Sebab Kenapa Migrasi Ke Australia Bukanlah Pilihan Terbaik

Mahu mencuba juga kerja di ladang Australia? Boleh terus ke sini https://petikanggurstrawberry.blogspot.my/