Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap perpaduan dan muafakat yang tinggi dalam kalangan rakyatnya.

Sikap yang terpuji ini akan dapat dilihat dengan lebih jelas apabila berlakunya musibah atau perkara yang tidak diingini di negara kita seperti penularan wabak COVID-19 ketika ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Berbekalkan semangat kekitaan yang tinggi ini juga, sekumpulan pengguna Facebook berganding bahu untuk mencipta face shield bagi kegunaan petugas barisan hadapan COVID-19 di negara kita.

Inisiatif ini dilakukan di grup Facebook 3D Printing Malaysia Community for COVID 19 (Group) dimana netizen-netizen ini berkumpul dan menyumbangkan idea serta keperluan bagi mencipta face shield melalui teknologi percetakan 3D.

photo_2020-03-23_12-14-21

1

Menurut semakan yang dibuat, grup itu baru sahaja ditubuhkan sejak 22 Mac tahun ini.

Melalui perkongsian yang dibuat di grup itu juga, netizen turut berkongsi prototaip beserta reka bentuk yang telah dibangunkan mereka bersama pengguna yang lain bagi melancarkan proses percetakan akhir nanti.

biji2 kajang

Selain daripada grup tersebut yang mengumpulkan komuniti 3D printing di Malaysia, laman Biji-Biji Initiative juga dilihat berusaha melakukan perkara yang sama dala membantu mencipta face shield buat petugas barisan hadapan di negara kita.

Melalui kiriman yang dibuat di Facebook mereka, pihak Biji-Biji Initiative kini sedang giat mengumpulkan bahan-bahan untuk melakukan percetakan 3D face shield ini.

photo_2020-03-23_12-21-06 photo_2020-03-23_12-21-03

Melihat kepada progress yang dilakukan netizen dan pihak Biji-Biji Initiative ini, kami yakin dan percaya petugas-petugas barisan hadapan untuk melawan COVID-19 ini akan menerima face shield dalam tempoh masa terdekat.

Jika anda mempunyai kepakaran dan sumber yang ingin disumbangkan, apa kata anda sertai grup 3D Printing Malaysia Community for COVID 19 (Group) ini di Facebook.

Siapa tahu pertolongan yang diberikan oleh anda semua dapat membantu pihak-pihak berwajib dalam memberikan rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19 yang semakin ramai di negara kita.

COVID-19 bukan sahaja makin kritikal di dalam negara kita tetapi negara seperti Israel juga turut bergelut dengan wabak ini. Klik pautan di bawah untuk membaca bagaimana mereka meminta bantuan negara islam untuk menangani situasi dalam negara mereka.

Tidak Cukup ‘Tangan’ Lawan COVID-19, Israel Mula Minta Bantuan Negara Islam

Enam Zon Merah COVID-19 Yang Anda Perlu Tahu

Lebih 1 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Hilang Pekerjaan Berikutan Wabak COVID-19