Kini bukan sahaja dadah, malah sudah dikesan kegiatan ‘keldai’ yang ditugaskan untuk membeli iPhone di negara lain secara haram.

Terbaharu, pekerja jualan di Singapura berjaya mengesan kegiatan keldai iPhone yang melibatkan warga negara Malaysia.

Keldai iphone
Sumber Gmbar: Parkway Parade

Difahamkan seorang lelaki dari Malaysia cuba membeli empat buah iPhone 16 Pro Max yang bernilai lebih $7,500 (~RM24,837) menggunakan kad bank digital di outlet Best Denki di Parkway Parade pada 8 November.

Namun apa yang mencurigakan buat supervisor dan pekerja jualan adalah apabila dia perasan kad digital bank yang digunakan oleh suspek berasal dari luar negara secara spesifiknya Bank of America.

Ekoran itu, mereka langsung meminta kad fizikal bank sebelum memproses pembayaran tersebut.

Bagaimanapun, suspek menolak permintaan itu dan beredar dari kedai tersebut. Pekerja jualan terbabit lalu melaporkan tindakan mencurigakan itu kepada pihak berkuasa.

Melalui siasatan yang dilakukan, pegawai  dari Divisyen Polis Beduk berjaya mengenal pasti identiti lelaki dan wanita yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Kedua-dua rakyat Malaysia, Quek Jian Qing, 21, dan Yong Huo Ying, 24, kemudiannya ditahan.

Dalam kes ini, sindiket penipuan dipercayai telah memperoleh butiran kad bank yang dicuri melalui penipuan pancingan data dan kemudian merekrut keldai untuk memasuki Singapura untuk membeli barangan elektronik atau barangan mewah bernilai tinggi menggunakan butiran bank mangsa tersebut.

Mereka akan melakukan penipuan transaksi dalam kedai dengan aplikasi pembayaran telefon mudah alih yang tidak sah yang menyamar sebagai dompet elektronik tulen melalui kaedah pembayaran tanpa sentuh.

Beberapa ‘keldai’ ditugaskan untuk menjual barangan yang dibeli dengan segera untuk meraih wang tunai sebelum meninggalkan Singapura. Dengan ini, mereka menjadikan wang haram itu kepada wang yang saga selepas berbuat sedemikian.

Mangsa hanya menyedari bahawa kad bank mereka telah dikompromi apabila mereka menerima pemberitahuan SMS daripada bank mereka, memaklumkan mereka tentang transaksi tanpa izin yang dibuat menggunakan kad bank mereka

Ini bukanlah kali pertama kerana ia sudah acap kali berlaku tentang kegiatan keldai tersebut yang menyebabkan kerugian cecah ratusan ribu ringgit menerusi beberapa kes yang direkodkan sebelum ini.

Kebanyakkan yang berjaya ditangkap bakal didakwa atas kesalahan penipuan dan pemalsuan maklumat.

Sumber