Jika sebelum ini kecoh Bandar Gracia, Perak seperti ‘ghost town’ kerana ketiadaan pengunjung dan terbengkalai, kini keadaan Masjid Kristal, Terengganu pula jadi bualan orang ramai.
Pengguna Twitter @aazmeeriskndr telah berkongsi gambar ketika matahari terbenam di Masjid Kristal dengan kapsyen ‘The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu’.
Save the best for last. Petang tadi punya sunset pun cantik betul 🥺
📍The Abandoned Mosque, Masjid Kristal Terengganu. pic.twitter.com/dwu4d3OCvE
— i'mISKNDR (@aazmeeriskndr) January 13, 2022
Menurutnya, terdapat atap yang runtuh di kawasan dalam masjid dan masjid tidak dibuka tetapi masih lagi boleh datang untuk bergambar di kawasan luar. Perkongsiannya itu meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut melihat keadaan terkini Masjid Kristal.
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa sedih kerana Masjid Kristal ini tidak diselenggara dengan baik kerana ia merupakan antara tempat tumpuan pelancong.
Ni time gi 25 dec haritu pic.twitter.com/5kqLnZRLXP
— . (@arifzamri99) January 14, 2022
Dari haritu dia cakap tengah renovate tapi pergi lagi sekali awal hujung tahun haritu masih sama je. Dan takboleh masuk solat dah cuma boleh solat surau kecil dekat luar tu
— Zlkha 🇲🇾 (@Zlkhaa1) January 14, 2022
Kalau dah renovation 2 tahun tak siap2, abandoned la kan kiranya https://t.co/hzuM0vyCJL
— LaLa (@syakielaLaLa) January 17, 2022
That is one beautiful mosque. Hopefully they make it come to life again ❤️❤️ https://t.co/G0V83ecrP3
— Kevin Darvish (@ElDiablooo66) January 16, 2022
https://twitter.com/catsoncouch/status/1482334453292990465
Ada juga netizen mendakwa bahawa sebenarnya Masjid Kristal ini sedang dalam proses penyelenggaraan kerana itu ia tidak dibuka untuk solat. Akan tetapi, ada juga mempersoalkan proses penyelenggaraan yang agak lama iaitu sudah hampir dua tahun.
Segelintir netizen turut berkongsi kenangan mereka berkunjung ke Masjid Kristal ini dan rindu untuk solat di sini serta berharap masjid tersebut bukanlah dibiarkan begitu sahaja.
Sementara itu, baca artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
‘Dulu Hype Sekarang Terbengkalai’- Netizen Kecewa Lihat Keadaan Terkini Bandar Agacia Di Perak
Netizen Indonesia Dakwa Jumpa Kubur Upin & Ipin, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque