‘Body shaming’ seperti dianggap perkara biasa oleh beberapa pihak dan selebriti juga tidak terlepas daripada dikritik sedemikian rupa.

Kerana mulut badan binasa, inilah apa yang boleh dikatakan dengan situasi yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Terbaharu, dalam satu temu bicara Malaysia Hari Ini, Azfar Firdaus telah bertemu dengan pelaku yang pernah mengutuknya sebelum ini secara kebetulan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://twitter.com/tiulakitum/status/1188637120493019137

Untuk pengetahuan anda, mereka diundang untuk membincangkan tentang topik isu buli siber yang fokus kepada body shaming. Azfar sering dibuli dan menjadi bahan jenaka kerana beliau menghidap penyakit Albino dan menjadikan beliau berbeza daripada orang lain.

Shazwan yang turut diundang juga pernah viral seketika dulu dan dikecam hebat netizen kerana menayangkan badan dalam media sosial. Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila sebenarnya Shazwan pernah menyindir dan manjadikan Azfar sebagai bahan jenaka.

Azfar tampil bercerita tentang tomahan yang diberikan oleh Shazwan kepadanya dan mengatakan bahawa Shazwan adalah contoh mangsa dan juga pelaku kepada buli body shaming ini.

Hal ini mendapat perhatian netizen dan ada segelintir netizen kurang bersetuju dengan tindakan Azfar dan juga sebaliknya.

https://twitter.com/syiqa_adam/status/1188670323643711489

Pastinya perkara ini mengejutkan ramai pihak dan diharap apa yang terjadi ini boleh diambil sebagai pengajaran kepada kita untuk menggunakan media sosial sebaiknya.

Di bawah ini kami listkan beberapa artikel viral yang mendapat perhatian netizen. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Bantu Selesaikan Masalah Banjir Di Kuala Lumpur

Dituduh Jadi Bapa Ayam, Graduan Perubatan Jordan Ini Sebenarnya Dianiaya Dan Tidak Bersalah

Netizen Terkejut Lihat Keadaan Dapur Restoran Makanan Thai Yang Sangat Kotor Di Melaka