Dua wanita di Rusia mencetuskan insiden keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow selepas mereka cuba mengejar pesawat yang sudah mula bergerak meninggalkan pintu pelepasan.

Dua wanita itu dengan selamba berada di zon tarmac atau landasan lapangan terbang sambil meminta juruterbang untuk menghentikan pesawat dan membuat pintu untuk mereka masuk.

Kejadian berlaku pada 25 Julai lalu apabila kedua-duanya dilaporkan terlepas penerbangan Aeroflot. Namun, mereka enggan menerima hakikat bahawa pesawat sudah meninggalkan pintu dan sebaliknya berlari ke kawasan apron sambil membawa bagasi masing-masing.

Rakaman kejadian menunjukkan seorang daripada mereka menarik beg beroda sambil mengejar pesawat yang sedang ditunda keluar. Seorang lagi turut kelihatan melambai ke arah pesawat seolah-olah meminta penerbangan itu dihentikan.

Apa yang lebih menghairankan adalah apabila memikirkan bagaimana dua wanita boleh berada di kawasan tersebut? Kerana kawasan itu sangat ketat kawalan keselamatan.

Hanya staf dan pegawai khas yang ada kad akses sahaja boleh berada di situ.

wanita

Menurut laporan, kedua-duanya sebenarnya sudah melepasi pemeriksaan keselamatan dan berada dalam zon terkawal lapangan terbang sebelum memasuki kawasan landasan lapangan terbang itu yang mempunyai sekatan tambahan.

Petugas lapangan terbang menyedari kehadiran mereka dan segera menghentikan tindakan tersebut sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kawasan operasi.

Mereka kemudian diserahkan kepada Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB), manakala pihak lapangan terbang mengesahkan tindakan undang-undang telah diambil terhadap mereka.

Kes ini sekali lagi menunjukkan betapa seriusnya peraturan keselamatan di kawasan operasi pesawat.

Niat asal cuma mahu mengejar penerbangan yang terlepas, tetapi akhirnya mereka berdepan pula dengan pihak berkuasa. Dan kini berdepan dengan pendakwaan serius di mahkamah.

Tertinggal flight boleh beli tiket baru. Masuk kawasan landasan lapangan terbang tanpa kebenaran, ceritanya lain. Itu kes serius.