Satu kejadian keracunan makanan telah menggegarkan Taipei sehingga mengakibatkan kematian terhadap dua individu yang menjamu selera di Polam Kopitiam, sebuah restoran yang terletak di Far Eastern Sogo Xinyi Department Store A13.

Keracunan makanan telah dikaitkan dengan satu asid toksin yang terdapat dalam makanan yang dijamu oleh dua rakyat Taiwan tersebut, lapor Taipei Times.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Insiden itu berlaku di Polam Kopitiam, rangkaian restoran Malaysia, di mana dua pelanggan secara tragis kehilangan nyawa selepas menikmati makanan yang tercemar.

Mangsa pertama, seorang lelaki berusia 39 tahun, makan di restoran itu pada 22 Mac dan meninggal dunia dua hari kemudian.

Mangsa kedua, seorang lelaki berusia 66 tahun, makan di situ pada 19 Mac dan meninggal dunia akibat keracunan pada 27 Mac.

Kedua-dua individu dipercayai menikmati makanan char kuey teow.

Siasatan telah mendapati terdapat asid bongkrek, toksin luar yang berkembang dalam makanan yang ditapai.

Toksin ini ditemui pada papan pencincang, dua pisau dan tangan tukang masak di cawangan Polam Kopitiam Xinyi pada 24 Mac.