Bilik tidur bukan digunakan setakat untuk tidur, tetapi untuk ramai orang, ia juga digunakan sebagai tempat berbaring, melakukan aktiviti kegemaran seperti membaca atau menonton TV, serta berehat dengan anak, isteri atau suami. Jadi amatlah penting untuk mewujudkan mood yang tenang dengan sentuhan rasa romantik dalam bilik tidur. Selain hiasan dalaman yang menarik, pencahayaan adalah amat penting untuk menyerlahkan mood yang yang ingin diketengahkan. Malah, dengan hiasan dalaman yang ringkas pun, perasaan yang sesuai dapat diwujudkan hanya dengan pencahayaan yang betul.

Di sini kami berkongsi 21 idea pencahayaan yang boleh anda gunakan dalam bilik tidur:

1. Bilik tidur dengan gaya baroque dengan lampu sconces melekap ke dinding.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

2. Chandelier moden dengan cahaya malap menerangi kaki katil , manakala cahaya tidak langsung dari arah kubah dan tepi dinding.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

3. Cahaya tidak langsung (indirect light) daripada LED berwarna putih dan biru, dari siling dan hiasan di atas kepala katil.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

4. Pencahayaan yang membangkitkan mood seluruh bilik. Lampu menumpu ke arah katil dan hiasan baldu di belakangnya menimbulkan kilauan dan bayang-bayang yang mempesonakan. Kehadiran lampu tidur di tepi katil melengkapkan lagi perasaan yang ingin ditimbulkan.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

5. Cahaya tidak langsung berwarna biru  dari siling, serta lampu hias bertingkat menjadikan bilik ini kelihatan moden.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

6. Gabungan pencahayaan biru, putih dan kuning yang menarik. Lampu tidak langsung dari kepala katil dan lampu tidur, serta cahaya biru dari siling, menjadikan bantal dan bahagian atas katil kelihatan kebiru-biruan. Manakala lampu lantai yang tinggi menghiasi ruang membaca serta kaki katil.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

7. Pencahayaan ke arah dinding, menjadikan hiasan rama-rama seolah-olah hidup.  Pencahayaan terhadap hiasan di siling juga menarik mata kita ke atas. Ditambah lagi dengan lampu tinggi berwarna hijau yang kelihatan seperti tumbuhan, terasa seperti berada di alam Avatar.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

8. Lampu-lampu LED menerangi keseluruhan siling dalam bentuk bintik, menjadikan ruang ini kelihatan unik sekali.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

9. Bilik tidur penthouse yang diterangi oleh cahaya semulajadi. Penyelesaian yang ringkas, tetapi sangat mendamaikan.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

10. Pantulan cahaya daripada lampu tidur, meja dengan permukaan berkilau dan lampu chandelier memberi mood romantik.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

11. Deco berwarna putih dengan lampu biru yang tersembunyi, di atas dan bawah katil, serta downlight yang mencukupi menimbulkan rasa moden yang chic.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

12. Mood romantik berjaya diwujudkan dengan penggunaan lampu secara minima. Lampu tidak langsung di kaki katil, lampu tumpu di bahagian bantal dan lampu hiasan di tepi katil mencukupi untuk ruang ini.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

13. Perhatikan, lampu tumpu digunakan ke arah lukisan dan lampu tidur memberi kesan cahaya berbentuk huruf X.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

14. Gaya mewah berjaya dihasilkan dengan penggunaan cahaya yang tepat. Iluminasi cahaya dibiaskan melalui susunan bebola yang tergantung, serta cahaya berbentuk matahari di siling memberi kesan menarik.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

15. Downlight memberi kesan huruf V terbalik manakala chandelier memberi kesan cahaya yang tertumpu ke arah kaki katil. Lampu tidur juga memberi kesan luar biasa.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

16. Downlight yang bertebaran, serta cahaya malam semulajadi, menjadikan ruang ini bagai berada di bawah bintang.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

17. Lampu LED mengeluarkan cahaya tidak langsung di siling, dan memberi rasa teruja apabila berbaring.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

18. Kayu lama sebagai headboard dilengkapi dengan sepasang lampu outdoor.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

19. Gaya gah dan mewah daripada penggunaan chandelier yang maksimalis ini.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

20. Iluminasi cahaya dari belakang dinding.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

21. Lampu-lampu kecil mewujudkan bintang malam yang mempesonakan.

21 Idea Pencahayaan Moden Yang Menyegarkan Bilik Tidur Anda

BACA: 18 Idea Penataan Cahaya Untuk Majlis Perkahwinan Yang Bangkit Berseri

BACA Lagi: 15 Idea Ruang Bacaan Di Tepi Tingkap Yang Menarik Untuk Anak-Anak

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram