Roti bakar sangat sedap dimakan panas-panas. Hanya gunakan imaginasi anda dan pelbagai jenis menu dapat dihasilkan dari sekeping roti bakar. Sapukan mentega, kaya, Nutella atau dimakan bersama telur. Wah! Membayangkan kerangupan dan kepanasan roti bakar sahaja sudah cukup untuk membuat kita menelan air liur. Pada kali ini kami ingin kongsikan resipi roti bakar yang bukan sahaja dapat memberi tenaga yang anda perlukan, tetapi enak dan paling penting, ia menggunakan bahan-bahan semula jadi.
1. Hirisan Alpukat (Avokado) + Serpihan Keju Feta + Buah Delima + Minyak Zaitun
Taburkan minyak zaitun sebagai hiasan.
2. Raspberi + Beri Hitam + Daun Selasih (Basil) + Krim Keju Ringan
3. Cantaloupe (Tembikai Susu Merah) + Potongan Walnut + Nektar Agave + Keju Kambing
Gunakan pengupas sayur yang tajam untuk membuat cantaloupe berbentuk reben.
4. Hirisan Pisang + Mentega Badam + Biji Chia
5. Saderi Dipotong Nipis + Kismis + Mentega Kacang
6. Kacang Refried Beans + Salsa + Ketumbar + Telur Goreng
7. Keju Kambing + Hirisan Strawberi + Edamame (Dibuang Kulit) + Cuka Balsamik + Garam Laut
Gaulkan cuka dengan strawberi dalam sebiji mangkuk sebelum meletakkannya pada roti bakar. Ini untuk mengelakkan roti menjadi basah.
8. Hirisan Nanas + Keju Kotej + Potongan Gajus
9. Tumisan Kale + Telur Dadar + Parutan Keju Cheddar
10. Hirisan Buah Ara (Figs) Kering + Keju Ricotta + Biji Bijan
11. Hirisan Mangga + Hirisan Keju Mozzarella Segar + Jus Lime & Zest
Gunakan mozzarella segar. Taburkan dengan jus dan zest limau dan garam.
12. Lecekan Alpukat + Edamame (Dibuang Kulit) + Tauge + Jus Lemon
13. Hirisan Pir + Keju Ricotta + Madu
14. Hummus + Potongan Walnut + Buah Delima
15. Lecekan Kacang Kuda + Hirisan Tomato + Telur Goreng
Tos dan cuci kacang kuda, dan lecekkan bersama-sama with minyak zaitun, garam dan lada sulah. Selepas menggoreng telur, gunakan pan yang sama untuk memanaskan hirisan tomato. Dan kemudian susun semua bahan-bahan untuk hasil yang enak!
16. Potongan Kurma Mejdool + Hirisan Keju Feta + Hirisan Badam
17. Hirisan Plum + Mentega Biji Bunga Matahari + Biji Flax
18. Hirisan Epal + Madu + Blue Cheese
19. Sos Marinara + Telur Poached + Parmesan + Selasih
20. Kimchi + Hirisan Telur Rebus + Biji Bijan Hitam
21. Salmon Salai + Timun + Krim Keju Ringane + Daun Bawang
Gunakan pengupas sayur yang tajam untuk membuat timun berbentuk reben.
Nampak menyelerakan.
BACA: Cara Paling Mudah Buat Roti Keju Grill
BACA Lagi: Menikmati Kacang Pool Haji Yang Mengasyikkan di Johor Bahru