Ketika ini, pasti ibu bapa sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah, bukan? Mesti ada yang sudah pening kepala tidak tahu mahu sediakan bekal apa untuk anak-anak anda.

Apa kata anda sediakan pizza untuk anak-anak anda. Mudah sahaja dengan perkongsian resipi pengguna Facebook Rozita Daud yang menggunakan roti. Ayuh kita mulakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:

118613833_2600895960223760_6579859590162600588_n

1/2 biji lada merah, 1/2 biji lada hijau, 2 keping burger ayam (ramas, basuh dan tos), 1/2 botol sos spagetti Kimball , 1/2 biji bawang besar (potong dadu), 3 ulas bawang putih (ketuk dan cincang), roti dan keju.

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang putih dan bawang besar dan masukkan daging ayam burger.

2. Gaulkan dan masuk sos spagetti Kimball serta masukkan sesudu kecil garam dan 1/2 sudu ajinomoto.

118806946_2600896096890413_6589868267506941782_n

118857087_2600896140223742_2522062947972880916_n

3. Masukkan lada dan gaul seketika dan tutupkan api.

4. Kemudian, sapukan roti atas dan bawah dengan marjerin dan susu cair.

118616865_2600896210223735_6911513481218992564_n

118614611_2601643250149031_7500409603670838120_o

5. Letakkan inti pizza tadi ke atas roti.

6. Kemudian, letakkan kepingan keju dan daun sup, bakar roti pada suhu 150cc selama 20 minit. Siap.

Senang sahaja nak buatnya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!

Kami kongsikan beberapa resipi menarik untuk anda cuba pada pautan di bawah ini. 

Jadi Kegilaan Netizen, Ini Resipi Mudah Dan Sedap ‘Korean Garlic Cheese Bread’ Untuk Anda Cuba

Lebih 17,000 Retweets, Ini Resipi Enak Dan Mudah Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’

Resipi ‘Beef Prosperity Burger’ Ala McDonald’s Yang Lazat Dan Mudah Anda Kena Cuba

Sumber