Saat tibanya bulan Ramadan, pasti ramai yang sudah terbayang pelbagai juadah menarik di bazar Ramadan. Malangnya tahun ini tiada penganjuran bazar Ramadan dan membuatkan ramai orang pening kepala ingin makan apa ketika waktu berbuka.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk masak sendiri. Anda hanya perlu ikut #FNResipi yang diberikan dengan betul dan pastinya hidangan anda buat akan sedap serta lebih sihat persis seperti di bazar.

Lebih menarik, #FNResipi ini cukup istimewa kerana resipi yang disediakan menggunakan produk F&N iaitu Susu Sejat Isian F&N, Krimer Sejat F&NF&N & TEAPOT Squeeze Tube yang akan menjadikan makanan anda lebih sedap.

Susu Sejat Isian F&N merupakan rahsia utama dalam hidangan Ramadan anda kerana ia menjadikan hidangan anda lebih berkrim dan berlemak. Oleh itu, kami senaraikan 5 resipi oleh F&N untuk anda cuba buat sendiri di rumah dan anda akan kagum sendiri dengan bakat terpendam anda untuk memasak. Ayuh kita mulakan!

1. Pakar Kambing Bakar Coming

Kambing Bakar Story
Sumber: THECOOKWIFE

Hanya ikuti #FNResipi ini akan membuatkan anda berjaya menyediakan kambing bakar seperti pakar kambing bakar. Bukan nak kata apa, resipi ini memang confirm jadi punya.

Mesti ramai yang puji masakan anda selepas ini. Penggemar kambing bakar mesti teruja untuk cuba menu ini.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan:

1kg daging kambing dengan tulang, 1/2 sudu teh garam, 1/2 sudu teh black pepper dan 4 sudu besar minyak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah:

1/2 bawang kuning dihiris halus, 1/2 bawang putih dipotong kasar, 1 sudu teh butter, 1 sudu teh tepung, 1/2 sudu teh dried rosemary, 1/2 sudu serbuk lada hitam, 1/2 bay leaf, 500ml air, 1 kiub stok daging dan 100gram Susu Isian Sejat F&N.

Cara-cara membuat kambing bakar:

1. Perap kambing dengan garam, lada dan minyak.

2. Untuk menyediakan kuah, anda perlu cairkan mentega, masukkan bawang merah dan bawang putih, lalu tumis hingga aroma naik. Kemudian, masukkan tepung masak sehingga tepung berubah warna coklat.

3. Masukkan air, kiub stok, rosemary, bay leaf dan lada, biarkan mendidih selama 10 minit. Masukkan susu isian sejat F&N. Setelah mendidih biarkan seketika.

4. Panggang 1/2 bahagian perapan kambing di atas kuali, hingga kedua sisi berwarna coklat keemasan. Masukkan 4 sudu besar kuah ke dalam kuali dan masak bersama dengan kambing tersebut. Hidangkan, dan ulangi lagi 1⁄2 bahagian kambing lagi.

5. Hidangkan kambing yang siap dibakar tadi bersama kuah dan siap.

2. Nasi Kukus Ayam Rempah Ratus

Nasi Kukus Photo
Sumber: Adik

Tidak lengkap masakan di Malaysia tanpa rempah ratus, kiranya kurang ‘kick’ masakan tersebut. Adakah anda bersetuju?

Ayam goreng berempah seperti hilang ‘rasanya’ tanpa rempah ratus yang cukup dan anda yang ingin kekalkan rasa ayam goreng berempah terbaik kena cuba resipi pasti sedap ini serta makan panas-panas memang terbaik.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk perapan ayam:

Sebiji bawang merah, 5 biji bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu teh serbuk kunyit, 2 batang serai (bahagian putih sahaja), 2 sudu serbuk kari, ayam dipotong 4 bahagian, 1 sudu teh garam, 2 sudu teh tepung jagung dan 50ml Susu Isian Sejat F&N.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kuah lemak:

1/2 cawan minyak, 2 biji bawang merah, i inci kunyit, 2 sudu teh cili boh, 3 daun kari, 4 sudu teh pes tomato, 2 sudu teh serbuk kari, 1 asam keping, 1 sudu teh cengkih, 2 sudu teh serbuk stok ayam, 1 liter air, 3/4 tin Susu Isian Sejat F&N, 1 sudu teh garam dan 2 sudu gula.

Cara-cara membuatnya:

1. Perap ayam dengan semua bahan dan biarkan selama 30 minit, lalu goreng hingga warna keemasan.

2. Sediakan kuah lemak dengan kisar bawang merah, kunyit dan cili boh.

3. Panaskan periuk dengan minyak, tumis bahan yang dikisar tadi hingga pecah minyak dan masukkan baki bahan lalu masak selama 20 minit.

4. Hidangkan nasi kukus bersama dengan ayam goreng berempah dan kuah lemak.

3. Apam Tak Balik Kampung

Apam Balik Story
Sumber: THECOOKWIFE

Mungkin tahun ini anda tidak dapat balik kampung tetapi janganlah sedih. teknologi sudah maju, anda boleh dekatkan hubungan yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

Apa kata anda video call bersama keluarga tercinta dan buat bersama apam balik ini, kemudian nikmati bersama-sama.

Bahan-bahan yang diperlukan buat doh:

220gram tepung, 1/2 sudu teh serbuk penaik, 50gram gula, 1 sudu teh yis segera, 150ml air, 150g Susu Isian Sejat F&N, dan 2 biji telur.

Bahan-bahan yang diperlukan buat isi:

60gram gula, 180gram kacang, 100gram jagung dan 30gram margerin.

Cara-cara membuat apam balik:

1. Campurkan semua bahan adunan dan biarkan selama 30 minit.

2. Letakkan minyak sayuran ke non stick frying pan dan panaskan dengan api kecil. Masukkan satu senduk adunan ke dalam loyang, dan ratakan adunan ke seluruh kuali.

3. Setelah doh mula masak dan kering, taburkan 1 sudu gula, 2 sudu besar kacang tanah, 1 sudu besar jagung krim dan 1 sudu kecil marjerin. Akhir sekali, letakkan F&N atau TEAPOT Squeeze Tube kegemaran anda.

4. Siap untuk dihidang.

4. Murtabak Ayam Kuarantin

Beef-Pot-Pie-Roti-Turnover-Feat-T
Sumber: Curious Nut

Disebabkan bazar Ramadan tiada tahun ini, anda mesti rindu nak makan murtabak untuk iftar ataupun moreh. Almaklumlah, kita kena kuarantinkan diri untuk putuskan rantaian wabak COVID-19.

Jangan risau, anda buat sahaja di rumah, bukan susah pun. Selepas buat dan nikmati ia pasti akan menggamit memori bazar Ramadan anda.

Murtabak Story
Sumber: jaja_a

Bahan-bahan yang diperlukan:

Roti prata frozen, 300gram daging cincang, 2 bawang yang dicincang halus, 3 biji bawang putih dicincang halus, 4 sudu teh serbuk kari, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1 bawang dihiris nipis, 6 biji telur, 1/2 Susu Isian Sejat F&N.

Cara-cara membuat murtabak:

1. Tumis bawang dan bawang putih. Kemudian masukkan daging lembu, serbuk kari, garam dan gula. Tumis sehingga daging lembu beraroma dan kering.

2. Kemudian, campurkan semua daging dengan hirisan bawang, telur dan Susu Isian Sejat F&N.

3. Ratakan roti dengan penggulung.

4. Panaskan kuali besar dengan sedikit minyak, letakkan roti ratakan ke dalam kuali, ambil 1⁄4 cawan penuh campuran murtabak ke tengah roti. Lipat dan tutup pengisian menjadi bentuk segi empat sama. Goreng murtabak setiap sisi selama 3 minit.

5. Hidangkan dan teruskan dengan yang lain. Hidangkan bersama ayam kari.

5. Pisang Goreng Cheeszy Weezy

Pisang Goreng Story
Sumber: Azahzara

Setiap orang memiliki cara berbeza untuk nikmati pisang goreng, ada yang nikmati bersama cili sos dan sambal kicap. Apa kata kali ini kita nikmati pisang goreng dengan keju pula.

Jujur kami katakan, tengok sahaja sudah terliur almaklumlah gabungan manis dan masin pisang goreng dengan keju pasti membangkitkan selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan: 

8 buah pisang Mas yang dibelah dan disadur dengan tepung pisang goreng, 2 sudu besar chocolate rice, keju dan F&N Squeeze Tube.

Cara-cara membuatnya: 

1. Gorengkan pisang yang telah disadurkan dengan tepung tadi sehingga warna keemasan.

2. Kemudian, letakkan pisang yang telah siap digoreng di atas pinggan.

3. Letakkan keju dan chocolate rice di atas pisang goreng itu.

4. Akhir sekali, picit sahaja F&N atau TEAPOT Squeeze Tube kegemaran anda pada pisang goreng dan siap.

Semestinya 5 menu ini membangkitkan selera anda dan membuatkan anda terliur. Mudah sahaja untuk buat menu-menu ini dan pastinya masakan anda lebih sedap dengan menggunakan produk-produk F&N dalam masakan anda.

Nikmati hidangan seperti dinyatakan di atas dengan secawan Teh Tarik Ori yang pastinya gabungan terbaik. Ikuti cara mudah sediakan Teh Tarik Ori khas untuk anda yang ‘craving’ rasa pekat manis Teh Tarik Ori dengan lihat video mudah ini.

Setiap produk F&N ini senang didapati di pasaraya dan kedai-kedai berdekatan anda segera. Malah, anda juga boleh dapatkan ‘Raya bundle’ untuk Susu Sejat Isian F&N yang pasti buat hidangan anda lebih lemak berkrim, Krimer Sejat F&NF&N & TEAPOT Squeeze Tube yang sempurna untuk masakan atau pencuci mulut ini di laman sesawang F&N Life.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsi resipi yang anda cuba dengan letak hashtag #FNResipi #FNResipiBazaar #FNResipiRamadhan #FNSqueezeTube #TEAPOTSqueezeTube.

Sementara itu, anda mungkin inginkan resipi menarik yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ini, bukan? Apa kata ikuti perkongsian resipi di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Resipi Ayam Gunting Yang Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba Penggemar Uncle Bob Ini Raih 4.6K ‘Shares’

Resipi Pancake Pisang Ala ‘Street Food’ Thailand Yang Lazat Dan Mudah Ini Raih 6.9K Retweets

Resipi Ikan Siakap Stim Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Ini Raih 8.5K ‘Shares’