Pasti berita ini akan mengujakan buat anda yang suka cuti dan gaji masih berjalan seperti biasa. Terkini, 22 buah syarikat di Amerika Syarikat adalah antara syarikat yang mengamalkan satu polisi cuti tanpa had buat pekerja-pekerja mereka.
Prinsipnya mudah iaitu bercutilah selagi ketidakhadiran tidak mengganggu gugat operasi perniagaan. Pendek kata, pekerja boleh ambil cuti pada bila-bila masa yang dikehendaki tetapi perlulah memastikan kerja telah siap dan tidak mengganggu kerja ahli kumpulan atau rakan sekerja yang lain. Ada juga pakar sumber manusia menyatakan polisi sebegini akan membuatkan pekerja-pekerja bekerja dengan lebih kuat.
Ini adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat yang telah mengamalkan polisi cuti tanpa had:
- Virgin
- Netflix
- Gilt Groupe
- Groupon
- ZocDoc
- Zynga
- Business Insider
- Evernote
- Glassdoor
- SurveyMonkey
- Ask.com
- Motley Fool
- Eventbrite
- VMware
- Hiring Thing
- Tagged
- One Kings Lane
- Akamai
- Braintree
- Chegg
- GitHub
Nampaknya kebanyakan syarikat yang tersenarai di atas ini beroperasi di alam maya, iaitu medium internet. Sebenarnya polisi cuti tanpa had ini memiliki satu kawasan kabur di antara masa kerja dan rumah/cuti. Ia juga dikaitkan dengan penggunaan email dan teknologi yang tidak akan menghadkan masa kerja dan masa cuti. Pekerja harus bekerja dengan lebih kuat dan membereskan semua kerja in advanced bagi membolehkan mereka bercuti selepas itu. Perancangan itu penting apabila polisi seperti ini dikuatkuasakan. Jika anda pergi bercuti tanpa menyudahkan kerja-kerja, ada kemungkinan anda akan perlu bekerja semasa bercuti demi kelancaran operasi syarikat atau perniagaan.
Apa pendapat anda dengan polisi sebegini? Kongsikan pendapat anda di sini atau di Facebook The Vocket hari ini.
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram