1) “Bukan sebab awak. Tapi saya sendiri.” = Memang semuanya sebab awak pun!

2) “Saya nak kita masih berkawan” = Tolonglah jangan beritahu kawan-kawan awak yang lain yang saya ini teruk perangainya sebab saya ada minat pada salah seorang kawan awak itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3) “Perasaan saya pada awak begitu kuat sampai saya takut gagal mengawal perasaan berlebihan saya itu pada awak.” = Saya memang takde perasaan langsung pada awak!

4) “Saya tidak mahu merampas awak dari dia” = Awak menjahanamakan reputasi saya dan mahu kawal saya sahaja!

5) “Kita berada di dalam fasa kehidupan yang berbeza sekarang. Awak asyik sibuk dengan…” = Kita dah tak sama level. Awak masih di takuk yang sama lagi, sedangkan saya dah ada Ph. D gitu!

6) “Buat masa ini saya nak fokus pada kerjaya/belajar/keluarga” = Awak membosankan saya! Tapi awak pasti taknak lepaskan saya jika saya guna alasan lain.

7) “Saya perlukan ruang bersendirian” = Tolong padam semua status kita di Facebook dan unfollow my Twitter sekali. Lagi bagus lupakan terus nombor telefon saya. Seriously, awak menyesakkan saya!

8) “Saya belum bersedia dengan perhubungan sebegini.” = Saya belum bersedia dengan perhubungan sebegini dengan awak!

9) “Awak patut dapat orang yang lebih baik dari saya.” = Saya patut dapat seseorang yang lebih baik dari awak.

10) “I love you, tapi hanya sebagai kawan sahaja. Tak lebih dari itu.” = LGBT maybe?

11) “Awak tak faham saya!” = Awak tak faham saya sebab IQ awak besar sebiji kacang sahaja!

12) “Awak tak tahu halatuju hubungan kita ini” = Gelap masa depan saya jika masih terus bersama awak!

13) “Kita patut jumpa dan kenal dengan orang lain juga” = Saya dah mula ada perasaan pada orang lain. Lalalalala.

14) “Saya rasa hubungan kita ini bergerak terlalu cepat. Semalam kawan, hari ini dah lebih dari itu.” = Awak call saya banyak kali tanya “Awak kat mana? Awak kat mana?” Awak SMS saya sehari berpuluh mesej. Then awak jiwang-jiwang di Facebook saya!!! Gila scary doh!!!

15) “I think we need a break.” = Saya dah ada orang lain. Please leave me alone.

16) “Saya masih ambil berat tentang awak” – Tolong jangan buat perkara bodoh lepas saya tinggalkan awak nanti.

17) “Saya akan berpindah ke luar negara. Saya akan selalu hubungi awak.” – Saya akan menghilang dari awak secepat mungkin!

18) “Saya takut dengan perkataan commitment!” – Saya taknak terikat dengan awak seumur hidup.

19) “Saya yakin sesiapa yang jadi pasangan awak kelak pasti rasa bertuah memiliki awak” – Tapi bukan dengan saya. Got it?

20) “Saya ada banyak perkara nak diuruskan buat masa ini” – Saya tak berminat dengan awak

21) “Saya masih tak boleh lupakan ex saya” – Betul. Saya tak tipu. Awak tak dapat gantikan si dia di hati saya ini.

22) “Kalau ada jodoh, kita pasti akan bersatu semula. Percayalah” – Kalau saya tak beritahu macam ini, awak masih merayu-rayu nak kekalkan hubungan ini.

23) “Awak boleh simpan semua hadiah yang saya bagi. Tapi hutang tetap hutang. Bayar balik, OK!” – Habis duit aku! Saya takkan benarkan awak gunapakai duit saya lagi!!!

24) “Saya dah banyak kali cakap benda yang sama ini. Tapi awak masih macam tu juga.” – Awak seorang yang bodoh dan tak boleh diajar!

25) “Kalau saya cakap/nasihat, awak kata saya membebel. Sekarang dah susah, baru nak stress bagai!” – Cukup-cukuplah. Saya dah malas nak layan orang tak guna macam awak ini!