Tular sejumlah video menerusi media sosial mengenai pelarian Rohingya yang mendarat di kawasan perairan Indonesia. Perkara ini sekaligus telah mencuri perhatian pengamal media di negara sekitarnya.

Menurut Berita Harian, dilaporkan kira-kira 250 pelarian Rohingya yang berada dalam bot kayu yang sesak di barat Indonesia tidak dibenarkan mendarat, kata penduduk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

pelarian rohingya
Sumber Gambar: Reuters

Kumpulan dari minoriti Myanmar yang teraniaya itu tiba di luar pantai wilayah Aceh semalam tetapi penduduk tempatan membenarkan mereka mendarat bot.

Beberapa pelarian kemudian berenang ke darat dan rebah kerana keletihan ketika tiba di pantai.

Mereka kemudian didakwa dikembalikan ke bot uzur itu, yang sudah menempuh perjalanan puluhan kilometer ke pantai Aceh Utara, tempat pelarian mendarat di pantai.

Penduduk tempatan sekali lagi menghantar mereka kembali ke bot untuk kembali ke laut lewat, semalam.

Penduduk berkata, hari ini kapal yang didakwa belayar dari Bangladesh kira-kira tiga minggu lalu, tidak lagi kelihatan dari tempat ia mendarat di pantai Aceh Utara.

@geuthat_geupap2

Mereka di pulangkan kembali..! Rohingya Terdampar. Kamis, 16 November 2023. Pukul: 16:00 WIB #rohingya #rohingyatiktok #bukanorangkaya

♬ Biarlah Waktu Yang Menjawab Sekedar Motivasi (Live) – SVA

@muhamabulek

rohingya di laweng

♬ suara asli – boh hate syg – boh hate syg

Ribuan minoriti Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam mempertaruhkan nyawa mereka setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan mahal, dan biasanya menaiki bot tidak selamat, untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

@aralsea1

#rohingya lagi🥹

♬ Sholawat Pembuka Rezeki – Yasir

“Kami sudah muak dengan kehadiran mereka kerana apabila mereka tiba di darat, kadang-kadang ramai daripada mereka melarikan diri. Ada beberapa jenis ejen yang mengambil mereka. Ia adalah pemerdagangan manusia,” kata Saiful Afwadi, seorang ketua masyarakat tradisional di Aceh Utara, kepada AFP, hari ini.

Sementara di media sosial, ramai wargamaya dari negara Indonesia sendiri tidak mengalu-alukan kedatangan mereka kerana sudah melihat kesan yang dihadapi oleh negara Malaysia.

Dalam pada itu, ada yang berpendapat bahawa kemasukan mereka secara skala besar ini hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh sindiket dari negara lain.