Smartphone terbaru daripada Apple nampaknya terpaksa dikeluarkan dengan kuantiti yang sedikit meskipun menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Berdasarkan laporan daripada KGI, dikatakan punca yang menjadi masalah kekurangan unit pengeluaran iPhone X ini berpunca daripada masalah kekurangan komponen. Antara komponen yang dikatakan gagal melengkapkan Apple iPhone X adalah circuit board, kamera serta sensor bahagian hadapan bagi penggunaan Face ID.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

3q3a0859

Melihat kepada masalah beberapa komponen yang gagal disiapkan sebelum waktunya, dijangka para pembeli yang berminat untuk mendapatkan Apple iPhone X perlu berusaha untuk menjadi yang terawal atau mendapatkannya secara pra-tempahan.

Untuk pengetahuan anda cuma cuma 3 juta unit iPhone X bakal ditawarkan semasa pelancaran. Jumlah yang boleh dikatakan agak sedikit berbanyak pelancaran Apple iPhone yang selalunya ditawarkan sebanyak 10 juta unit.

iphone-x-in-hand1

Buat anda yang mahu mendapatkan Apple iPhone X sedikit lewat, mungkin anda perlu menunggu sekitar bulan Disember atau Januari tahun hadapan sebelum mula dijual kepada umum bagi penjualan batch kedua dan ketiga.

Sumber