3 orang lelaki pemungut derma khairat di hadapan sebuah bank di Kota Tinggi telah ditahan dan dikenakan tindakan.
Ketiga tiga mereka didenda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah Kota Tinggi.
Kesemua individu yang ditahan adalah berusia lingkungan 20-an ke 30-an. Dan mereka telah memungut derma di beberapa lokasi di daerah tersebut tanpa kebenaran – menurut laporan Harian Metro.
Dan kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor 2003.
3 tabung berisi wang tunai di antara RM25.10 sehingga RM155.80 juta disita dalam operasi tersebut.
Tabung tersebut dipercayai digunakan untuk mengaburi mata orang awam, kononnya untuk sumbangan kepada anak yatim, pembinaan masjid serta asrama anak yatim di luar negeri Johor.
#Kotatinggi Tiga lelaki masing-masing didenda RM2,000 kerana pungut derma depan bank tanpa kebenaran.https://t.co/ERKGwyjC7j
— Harian Metro (@hmetromy) November 3, 2025
Mereka gagal mengemukakan dokumen dan permit kebenaran untuk mengutip derma di sekitar Johor
“Kumpulan ini juga bergerak secara berkumpulan, menaiki kereta dan menjadikan masjid di Johor Bahru sebagai tempat tidur setiap malam,” kata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Johor) lagi.
JAINJI juga mengesahkan bahawa ada beberapa lagi individu dipercayai ahli kumpulan yang sama berjaya melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.
JAINJ melakukan operasi serbuan tersebut dengan bantuan peghulu dan ketua kampung.
JAINJ menasihati orang ramai agar tidak menghulurkan derma kepada pihak yang meragukan dan tidak ada kebenaran daripada pihak berkuasa.
Mereka yang mahu mengutip derma, diminta untuk mengikuti saluran sah dengan memohon di Pejabat Kadi Daerah.