Pada minggu ini, model PS4 Pro yang hadir dengan fungsi high end dan resolusi 4K hadir buat pasaran Malaysia. Dikatakan kehadiran PS4 Pro juga menandakan console seterusnya daripada Sony tidak akan hadir di dalam masa terdekat.

Namun adakah berbaloi untuk anda dapatkan PS4 Pro atau cukup sekadar PS4 model sebelum ini sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berikut merupakan antara perkara anda perlu tahu sebelum mendapatkan PS4 Pro.

1.Pastikan TV anda menyokong resolusi 4K

sony-playstation-4-pro-11

Salah satu sebab penting untuk anda dapatkan PS4 Pro adalah kebolehan untuk menyokong resolusi 4K. Oleh itu, pastikan anda mempunyai TV atau monitor yang menyokong resolusi ini mendapatkan grafik yang diinginkan.

Berdasarkan beberapa review awal, dikatakan bermain PS4 Pro pada output yang tidak menyokong resolusi 4K tidak berjaya untuk menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding model PS4 biasa.

2. Pastikan Game anda menyokong ‘Pro’

ps4-pro-playstation-4-pro

Tidak semua game menyokong fungsi pada model PS4 Pro. Hal ini kerana mungkin game tersebut telah lama dihasilkan sebelum PS4 Pro diumumkan. Walaubagaimanapun, kami jangkakan game-game yang bakal dikeluarkan selepas ini bakal tersedia dengan fungsi ‘Pro’.

Anda juga boleh menyemak senarai game yang ingin anda dapatkan atau update game yang sudah anda dapatkan untuk mendapatkan fungsi terbaru ini. Dapatkan senarai semak game PS4 dengan sokongan ‘Pro’ disini.

3. Grafik

untitled

Buat penggemar pixel serta grafik yang mantap, mungkin PS4 Pro merupakan pilihan anda. PS4 Pro bakal menyediakan warna yang lebih dinamik membolehkan anda menikmati game yang dengan grafik yang lebih awesome.

Dalam pada itu, harus diketahui pastikan anda mengaktifkan setting HDR pada TV anda untuk mendapatkan fungsi ini. Hal ini berikutan PS4 Pro tidak akan mengaktifkannya secara automatik.

Kemungkinan perbezaan bermain FIFA 17 pada PS4 dan PS4 Pro tidaklah terlalu ketara namun bakal memain peranan jika anda penggemar game FPS (first person shooter) yang mahukan framerate dan grafik yang lebih baik.

PS4 Pro bakal mula dijual pada harga RM1,799 dengan storan 1TB manakala PS4 Slim bakal mula dengan harga RM1,349 dengan storan 500 GB. Model manakah yang menjadi pilihan anda?