Sebuah pulau yang terkenal kerana didiami oleh beribu kucing kini sedang menghadapi satu fenomena luar biasa selepas dilaporkan ratusan ribu kucing di pulau itu mati sejak Januari 2023 kerana virus korona yang menyerang pulau itu.

Menerusi laporan media antarabangsa, Dinos Ayiomamitis dari kumpulan hak haiwan Cat Paws Cyprus dan Cyprus Voice for Animals, melaporkan bahawa kira-kira 300,000 kucing telah mati selepas terdedah kepada wabak koronavirus yang menyebabkan peritonitis berjangkit kucing (FIP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Universiti Cornell, gejala FIP termasuk demam, kembung perut dan selalunya berakhir dengan kematian jika tidak dirawat. Bagaimanapun, mujur penyakit yang dihadapi oleh kucing ini tidak boleh berjangkit kepada manusia.

Hanya 107 kes telah direkodkan secara rasmi, tetapi Ayomamitis berpendapat jumlah sebenar adalah lebih tinggi. Menurut Channel 4 FactCheck, pengiraannya adalah berdasarkan anggaran 20% hingga 30% kadar kematian di kalangan sejuta kucing Cyprus.

“Wabak itu bermula di ibu kota Nicosia pada Januari dan merebak ke seluruh pulau dalam tempoh tiga hingga empat bulan,” kata Demetris Epaminondas, naib presiden Persatuan Doktor Veterinar Pancyprian, kepada Daily Mail.

Sementara itu, Danielle Gunn-Moore, pakar perubatan kucing di Universiti Edinburgh, memberitahu Telegraph bahawa skala kematian kucing liar sebesar ini tidak pernah dilihat dalam sejarah.

Gunn-Moore menambah bahawa fenomena luar biasa ini memberi makna bahawa jangkitan FIP yang lebih kuat kini sedang tular. Antara negara-negara yang menghadapi krisis ini adalah Lubnan, Turki, dan Israel.