Seramai 388 pelabur forex akui rugi sebanyak RM104.75 juta kerana ditipu oleh sebuah syarikat luar negara.

Mereka meminta bantuan daripada Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat (MHO).

Pengerusi MHO, Datuk Hishamuddin Hashim mengesahkan bahawa individu berusia 18 sehingga 80 tahun yang mendakwa diri sudah ditipu.

Mangsa merupakan mereka yang terdiri daripada golongan profesional termasuk pekerja bank, penjawat awam, doktor, persara serta ahli perniagaan.

Mereka juga terdiri daripada pelabur dari Malaysia, Indonesia dan Singapura itu membuat pelaburan Forex rentas sempadan sejak 2016 sehingga 2023, menurut laporan Sinar Harian.

Mangsa mendakwa mereka terpedaya dengan janji manis syarikat tersebut yang menjanjikan pulangan keuntungan antara 1 sehingga 2 peratus sebulan.

Modus operandi sindiket adalah dengan melantik sebuah syarikat sebagai broker pelaburan di Malaysia. Broker tersebut yang akan menguruskan pelaburan di Malaysia.

Pelabur juga diyakinkan bahawa ketua mereka adalah warga Rusia yang pakar dalam bidang forex. Dia aktif mengadakan kelas Forex termasuk di Malaysia.

Mangsa mangsa melabur sekitar RM20,000 sehingga RM1 juta. Mangsa yakin dengan skim ini kerana menjadikan bank bank di Malaysia sebagai perantara untuk transaksi wang mereka dengan bank luar negara.

Pada awalnya mereka mendapat pulanga seperti yang dijanjikan. Namun, sejak tahun lalu semua pelabur masih tidak mendapat pulangan yang dijanjikan kepada mereka.

Salah seorang ‘up line’ mendakwa bahawa ahli di bawah seliaannya menanggung kerugian terkumpul sekitar RM3 juta.

Dipercayai mangsa adalah lebih ramai, namun mereka takut untuk membuat laporan polis kerana risau dengan implikasi undang undang yang menimpa.

Sindiket ini dipercayai didalangi beberapa individu dari individu dari Malaysia, Singapura dan Rusia.

Hishamuddin bersama sama dengan 50 mangsa telah menyerahkan aduan mereka kepada Bank Negara Malaysia agar siasatan dibuat dan suspek yang dipercayai berada di Pulau Pinang segera dikenakan tindakan.

Kesemua mereka berterima kasih dengan PDRM yang sudah membuka kertas siasatan.