Pada hari ini ‘konten’ mempromosikan kelas forex trading menjadi rebutan anak muda. Mana tidaknya, untuk kepuasan yang sementara, mereka boleh memilih untuk memandu, bergambar dan shooting video dengan deretan kereta mewah. Jika dapat bergambar dengan jet peribadi pula, itu satu bonus bagi mereka.

Baru-baru ini warganet berasa geli hati apabila melihat sekumpulan forex trader berkongsi setup kereta mewah dan jet peribadi yang sama untuk mempromosikan kelas Forex masing-masing.

Artikel Berkaitan:

Dalam video promosi masing-masing itu, mereka menggunakan jet peribadi, beberapa kereta mewah seperti Aston Martin Vantage, Nissan GT-R R35, Lamborghini Huracan Performanté dan Range Rover yang sama.

@user_error2021

KANTOI…Fighter la sangat..sewa kapal terbang sama2 lpastu rmai2 shoot, dah la kapal terbang tu xterbang pun…lg 1 yg pegi mall space u8 tu buat ape? Dlm tu ade mr diy je 😂😂

♬ original sound – Unknown – Kaki Komen ✍️

Lebih membuatkan netizen terhibur apabila terdapat satu babak di mana mereka meletakkan kereta limosin di kawasan parkir Space U8, satu pusat komersial SUMO (Shop Unit Mall Office) yang jarang-jarang mempunyai pengunjung.

Orang ramai turut tertanya-tanya, apa keperluan mereka membawa wang tunai yang banyak ketika bermesyuarat. Walhal pada hari ini semua perkara sudah menggunakan online.

‘Ada duit, tapi marketing direction ke laut,’ — orang ramai simpulkan video tersebut tidak natural dan nampak sangat kekok apabila ditonton.

Sumber Gambar: TikTok @user_error2021
Sumber Gambar: TikTok @user_error2021

Netizen meminta agar orang ramai berhati-hati jangan terjerat dengan apa-apa pelaburan berunsur ‘skim cepat kaya’.

Kereta mewah dan jet peribadi boleh disewa dijadikan konten, namun duit peserta yang melabur belum tentu boleh dapat semula hasil seperti dijanjikan — beringat sebelum melabur, takut nanti ‘melebur’.