Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa syukur selepas berjaya membeli jet peribadi hasil dari menjual mangga jeruk.
Dalam satu video yang dimuat naik, Aliff merasa teruja sekaligus bersyukur kerana mampu untuk membeli jet peribadi.
Baca Juga:
- ‘Rasa Terbeban Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu Ringgit’ – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar

- Aliff Syukri Kongsi Detik Cemas Diganggu Lelaki Warga Asing Miang

- ‘Ingatkan Ada Mansion Boleh Dibanggakan, Rupanya Jadi Beban Nak Maintain RM40,000 Sebulan’ – Aliff Syukri

Aliff Syukri Beli Jet Peribadi
@papalarisofficial Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin🙏🏻 #i
“Masya-Allah Tabarakallah, alhamdulillah. Tercapai juga hasrat saya dan isteri. Ini berkat menjual jeruk bersama Ammar Ahyan,” katanya.
Di ruangan komen, netizen nyata tumpang gembira dengan kejayaan Aliff dan mereka mendoakan agar perniagaan ayah dan anak itu terus maju.

Pasangan anak-beranak ini tular dengan gelagat mereka yang gigih dan bersahaja menjual jeruk mangga secara langsung di TikTok.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan harga jet peribadi yang kononnya dibeli dan dimiliki Aliff.

Menurut maklumat di internet, Model kapal terbang Cessna 172 yang dikatakan model paling laris bagi milikan persendirian dalam bentuk baharu dianggarkan sekitar RM1.6 juta.