Ramai orang kata, travel merupakan cabaran untuk anda rasai pengalaman berada di luar zon selesa. Tak dinafikan, memang betul. Sebab itulah membuat persiapan sebelum travel tu penting. Selain daripada merancang jadual perjalanan dengan teliti, sebagai seorang yang beragama Islam, ada beberapa perkara yang mesti diambil berat. Dan ini 4 perkara sering menjadi cabaran utama seorang Muslim ketika mengembara.

1. Solat

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Solat, perkara wajib tak ada pengecualian yang mesti dilakukan semua orang Islam setiap hari. Solat antara cabaran terbesar bagi orang Islam ketika travel, lebih-lebih lagi di negara bukan Islam. Itu belum termasuk lagi sesetengah negara yang islamphobia. Jadi, sebagai seorang Islam wajib untuk kita ambil tahu dan belajar cara-cara solat ketika musafir sebelum bersedia untuk travel.

Sebelum ini pun, di TheVocket ada terbitkan beberapa tip serta panduan berkaitan solat ketika travel yang mungkin boleh anda jadikan rujukan.

Baca: Cara Menjaga Solat Sewaktu Sedang Mengembara atau Beginlah Cara Kami Tunaikan Solat Sewaktu Berada Di Negara Jepun

2. Makanan

Makanan juga boleh jadi satu cabaran yang besar bagi orang Islam ketika travel. Ada sesetengah negara sangat sukar untuk mendapatkan makanan halal. Tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk anda keluar mengembara. Ada banyak tip serta cara untuk mendapatkan makanan halal antaranya bawa bekal dan masak sendiri.

Ataupun, sebelum pergi ke sesebuah negara (terutama bukan negara Islam) buat kajian dan cari info untuk mendapatkan makanan halal atau restoran halal berdekatan lokasi yang ingin dituju terlebih dahulu. Tip mudah yang boleh anda guna, cari Masjid. Selalunya berhampiran Masjid pasti ada restoran yang menyediakan makanan halal.

Baca juga: 66 Logo Halal Dari 40 Buah Negara Yang Diiktiraf Jakim

3. Aktiviti

Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan. Ada sebahagian aktiviti yang menjadi tarikan pelancong ke sesebuah negara yang tidak boleh dilakukan oleh orang Islam. Contohnya, parti tidak sihat, kelab malam, tempat-tempat yang bebas bergaul antara lelaki dan perempuan, rumah urut (if you know what i mean) dan lain-lain. Selalunya cabaran ini bakal dihadapi oleh mereka yang travel bersama orang bukan Islam. Tapi ini bukan masalah besar sebab banyak lagi aktiviti seronok yang lain anda boleh buat.

4. Masa

Satu lagi aspek penting untuk orang Islam. Contohnya seperti bulan Ramadhan, ramai orang yang menghadkan aktiviti travel pada masa ini. Sebabnya, semasa sedang berpuasa aktiviti yang boleh dilakukan agak terhad. Tapi ini pun bukan penghalang untuk anda travel semasa bulan Ramadhan. Kata orang, ‘jangan jadikan puasa sebagai penghalang untuk melakukan sesuatu‘.

Terpulang kepada kehendak masing-masing, kalau anda kuat dan boleh travel pada bulan Ramadhan, silakan. Selalunya AirAsia banyak menawarkan promosi penerbangan pada harga rendah ketika bulan puasa. Contohnya seperti kisah yang pernah dikongsikan oleh Wan Nurul Hanani sebelum ini.

BACA: 4 Perbezaan Yang Aku Temui Sewaktu Travel Solo Ke Iran Di Bulan Ramadhan