Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial dimana terdapat segelintir netizen yang merungut harga bil yang tertera menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) melambung serta lebih daripada penggunaan. Tidak kurang juga mereka yang berpendapat sebaliknya.

Sebagai salah satu usaha untuk meringan beban orang ramai, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah pada hari ini mengumumkan kerajaan akan memberi Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Screen-Shot-2020-06-20-at-11.14.26-AM

Menerusi program bantuan ini, seramai 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 ke bawah bakal menikmati bil elektrik percuma bermula dari April hingga Jun ini.

Bukan itu sahaja, diskaun tambahan turut ditawarkan tambahan ekpada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.

Selain itu, aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 juga bakal ditunda dalam membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan. Kehadiran Bantuan Prihatin Elektrik ini secara tidak langsung dapat meringan beban khususnya mereka yang terkesan dari segi ekonomi sewaktu tempoh PKP berlangsung.

Ketahui juga anggaran harga kereta selepas kerajaan memansuhkan cukai jualan kereta 100% dalam usaha untuk merancakkan semula industri automotif.

Ini Anggaran Harga Kereta Selepas Kerajaan Mansuhkan Cukai Jualan Kereta 100%

Kerajaan Umum Telah Batalkan Harga Siling Petrol Dan Diesel?