Datuk Vida kini berdepan dengan bebanan hutang RM1 juta yang membuatkan beberapa asetnya dilelong untuk menyelesaikan hutangnya.
Ini termasuk 4 buah kereta mewah yang telah pun disita. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah tersebut selepas permohonan Ah Design Communications selaku plaintif.

Laman mStar Online melaporkan bahawa writ penyitaan dan penjualan aset milik Vida dibuat sekitar 9 pagi tadi di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak.
Vida dilaporkan gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM1.06 juta kepada kontraktor Ah Design pada 2018. Di mana syarikat tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengubah suai bangunan pejabat DSV – Vida All Sar Studio di Shah Alam.
Vida dikatakan gagal memberikan sebarang respon dan kerjasama sejak 2018 sehingga 2023.
4 buah kereta Vida antara yang disita iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Ianya untuk menebus pampasan kepada Ah Design.
Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 jutahttps://t.co/G5HYdPwduF
— mStar Online 🇵🇸 (@mstaronline) November 25, 2024
Oleh sebab itu pihak kontraktor tersebut menegaskan bahawa mereka terpaksa untuk memohon tindakan menyita aset Vida bagi menyelesaikan hutang yang sangat tinggi itu.
Namun peguam Vida menegaskan bahawa, jika Datuk Seri Vida berjaya melangsaikan hutang itu dalam masa dua minggu, proses lelongan barangan yang disita itu akan dihentikan serta merta.
Tarikh lelongan adalah pada 9 Disember akan datang.
Laporan sumber yang sama menyebut, ketika proses penyitaan, Datuk Seri Vida tidak berada di kediamannya, dipercayai berada di luar negara.