Ketua jurulatih Persis Solo, Datuk Ong Kim Swee menyatakan beliau berminat untuk membawa pemain dari Malaysia untuk beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Beliau berkata demikian dimana rancangannya bergantung kepada nasibnya pada musim hadapan sama ada kekal bersama pasukan atau sebaliknya.
Baca Juga:
- Juan Torres Kini Jadi Pembantu Ong Kim Swee
- Bergelut Di Liga 1, Ong Kim Swee Mahu Persis Rekrut Pemain Baharu
- Persis Solo Lantik Datuk Ong Kim Swee Sebagai Pengendali Baru
“Saya akan melihat apa yang akan berlaku selepas ini dan sudah pasti saya mempunyai rancangan untuk membawa pemain Malaysia beraksi di Liga 1.
“Ini mungkin akan menjadi pengalaman baharu dan membuka peluang kepada pemain negara untuk beraksi di Indonesia,” katanya.
Pemain Malaysia Yang Berpotensi Bantu Persis Solo
Melihat kepada kenyataan beliau, berikut ada empat pemain Malaysia yang dilihat mempunyai potensi untuk menjadikan Persis sebagai salah satu pasukan terbaik di Liga 1.
- Dominic Tan

Dominic muncul sebagai salah satu pemain pertahanan terbaik bagi skuad kebangsaan dan juga Sabah dalam saingan Liga Malaysia.
Sejak beraksi di bawah bimbingan Kim Swee di Sabah, beliau sering mendapat panggilan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan pemain ini mampu untuk membantu Persis Solo mengukuhkan benteng pertahanan.
2. Darren Lok

Kim Swee banyak bergantung kepada penyerang muda skuad Garuda, Ramadhan Sananta untuk mencari jaringan sejak ketibaan beliau.
Kehadiran Darren dilihat boleh memberikan persaingan sihat kepada pemain muda itu selain menggunakan pengalaman luas yang ada sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama.
3. Stuart Wilkin

Pemain berusia 26 tahun ini menjadi tonggak utama baik ketika bersama Sabah ataupun skuad kebangsaan.
Memiliki gaya permainan yang gemar membantu barisan serangan serta kawalan bola yang baik, kehadiran Wilkin dilihat mampu untuk membantu Kim Swee dalam meningkatkan prestasi Persis.
4. Haqimi Azim

Seorang pemain muda yang beraksi di bahagian serangan dan pernah dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan. Akan tetapi, Haqimi seolah-olah belum unlocked potensi sebenar beliau.
Boleh beraksi sebagai penyerang atau pemain sayap, Haqimi mempunyai kualiti dan Kim Swee dilihat mampu untuk membantu beliau mencapai kemuncak prestasi.