Dalam dunia bola sepak moden, penjaga gol bukan lagi sekadar menjadi benteng terakhir yang menghalang bola dari membolosi gawangnya
Sesekali terutamanya ketika ketinggalan, mereka juga mampu tampil sebagai wira luar biasa untuk membantu pasukan menjaringkan gol.
Baca Juga:
- ‘Koyak’ Tak Pergi Final UCL, Penyokong Arsenal Rasis Hina Islam
- Arsenal Lebih Bagus Daripada PSG Dan Pasukan Terbaik Di UCL Musim Ini, Kata Arteta
- Gaji Masih Tertunggak: Peguam Mbappe Tuntut UEFA ‘Haramkan’ PSG Sertai UCL 2025/26
Ia bukan hanya jarang berlaku, malah setiap jaringan dari posisi ini menjadi memori yang terpahat dalam sejarah dalam satu-satu pertandingan.
Artikel kali ini menyorot lima penjaga gol yang berjaya meletakkan nama selaku penjaring dalam saingan UEFA Champions League (UCL):
Penjaga Gol Jaringkan Gol Dalam UCL
1) Ivan Provedel (Lazio)
Ketika Lazio memerlukan jaringan untuk mengikat Atletico Madrid dalam aksi UCL 2023/24, Provedel naik ke atas pada masa kecederaan untuk mendapatkan gol buat pasukannya.
Usaha tersebut nyata membuahkan hasil selepas penjaga gol kelahiran Itali itu berada di kedudukan tepat bagi menanduk masuk bola hantaran pemain tengah, Luis Alberto.
1) Hans-Jorg Butt (Hamburg, Bayer Leverkusen & Bayern Munich)
Butt menjadi penjaga gol pertama yang menjaringkan gol dalam kempen UCL dan seterusnya mengumpul tiga gol menerusi sepakan penalti.
Tiga jaringan tersebut dihasilkan ketika beliau bersama pasukan berbeza dan menjadikan ia lebih menarik apabila ketiga-tiga jaringan itu hadir ketika menentang Juventus.
Gol sulung oleh Butt terhasil pada saingan 2000/01 yang menyaksikan Hamburg berjaya mengikat gergasi Itali itu 4-4 di peringkat kumpulan.
DID YOU KNOW?
Goalkeeper Hans-Jörg Butt has scored three goals in the Champions League, including this penalty #OTD in 2002 🧤@bayer04_en | #UCL pic.twitter.com/ycy8INz82p
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 12, 2021
Musim berikutnya ketika bersama Bayer Leverkusen, Butt membuka tirai jaringan untuk membantu kelab tersebut menang 3-1 pada aksi kedua peringkat kumpulan.
Enam tahun kemudian yang menyaksikan beliau menyarung jersi Bayern Munich, Butt menyamakan kedudukan bagi menaikkan moral rakan sepasukannya untuk menambah jaringan dan mencatatkan kemenangan 4-1.
2) Sinan Bolat (Standard Liege)
Sinan Bolat menghadapi situasi yang sama seperti Provedel apabila pasukannya ketinggalan 0-1 sehingga masa kecederaan dan beliau naik ke atas untuk membantu.
Sepakan percuma yang diambil rakan sepasukannya terus menuju ke kepalan beliau dan Bolat tidak mensia-siakan peluang pada minit ke-95 untuk menjaringkan gol.
#OnThisDay in 2⃣0⃣0⃣9⃣
⏱️ 90. +5 @Standard_RSCL 🆚 @AZAlkmaar
⚽️ Sinan Bolat 😲👏👏👏
#UCL pic.twitter.com/ai8dOQIAWA— UEFA.com DE (@UEFAcom_de) December 9, 2019
Satu keadaan yang menjadikannya sebagai penjaga gol pertama menjaringkan gol bukan menerusi sepakan penalti. Keadaan ini menjadikan Provedel sebagai penjaga kedua mengikuti jejak langkah Bolat.
3) Vincent Enyeama

Enyeama yang merupakan kelahiran Nigeria menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebanyak dua kali iaitu ketika pasukannya menentang FC Salzburg pada pusingan kelayakan dan mengulangi di peringkat kumpulan sewaktu bertemu Lyon.