Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 4 orang penjawat awam kerana menerima rasuah daripada sindiket tembakau, rokok dan arak secara haram.

4 penjawat awam tersebut dilaporkan menerima rasuah lebih RM5 juta untuk membantu sindiket membawa masuk barang barang haram itu menerusi pintu masuk negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Majistret Irza Zulaikha telah mengeluarkan perintah reman 4 hari sehingga Jumaat ini kepada semua suspek, seperti diminta oleh SPRM.

Kesemua pesalah berrusia 40 sehingga 50 tahun. Dan mereka ditahan di sekitar Lembah Klang antara jam 11.30 pagi sehingga 4 petang semalam.

Suspek ditahan dalam operasi khas dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dipetik dari Buletin TV3 SPRM telah menahan lapan individu termasuk empat penjawat awam yang dipercayai bersekongkol dengan sindiket berkenaan sejak tahun 2018 hingga 2023.

Sindiket tersebut telah menyebabkan negara kehilangan hasil cukai kira kira RM400 juta hanya dengan memberi rasuah sebanyak lebih RM8 juta kepada pihak tertentu termasuk penjawat awam.

Antara barang yang diseludup termasuk tembakau kunyah, rokok, arak dan banyak lagi.

Sebanyak 237 akaun dibekukan oleh SPRM melibatkan wang berjumlah kira kira 12 juta. Dengan sindiket menggunakan modus operandi menggunakan akaun keldai untuk transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang disogok oleh mereka.

Selain menyeludup barangan haram, sindiket turut terlibat aktiviti pengubahan wang haram dengan mencuci duit menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’ menerusi pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.

Sumber yang sama menyebut bahawa SPRM masih mengesan seorang lagi penjawat awam yang disyaki terlibat dalam sindiket sama.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

SPRM turut mendedahkan bahawa mereka sedang dalam proses menahan reman beberapa lagi suspek.