Menangis adalah cara komunikasi bayi dengan orang dewasa. Tangisan pertama bayi selepas dilahirkan adalah petanda kepada keadaan kesihatan bayi tersebut. Dengan mengenal corak tangisan bayi ia akan memudahkan ibubapa/penjaga mengenal apakah kehendak atau masalah bagi si bayi tersebut. Berikut adalh corak tangisan bayi yang anda patut tahu :
1) Menangis Kerana Lapar
Bayi yang menangis kerana lapar akan menunjukkan respond seperti menggerak-gerakkan tangannya di mulut dan mengangakan mulutnya. Tangisan ini biasanya perlahan dan sekiranya tidak dihiraukan akan menjadi sangat kuat. Sekiranya sudah terlewat kemungkinan bayi akan merajuk dan sudah tidak mahu menyusu lagi
2) Menangis Kerana Marah
Ketika ini bayi akan menangis dengan matanya setengah tertutup dan akan mencari arah-arah tertentu. Mulutnya akan terbuka atau setengah terbuka. Biasanya ton suaranya adalah bermula dari perlahan dan akhirnya nyaring
3) Menangis Kerana Takut
Ketika takut biasanya mata bayi akan terbuka sepanjang waktu. Gerakan matanya akan terbeliak atau memandang sesuatu arah dengan pandangan yang tajam. Bayi ini akan menggerakkan kepalanya ke belakang. Tangisan biasanya terus kuat.
4) Menangis Kerana Sakit
Bayi akan menangis dengan keadaan matanya tertutup dan terbuka hanya beberapa saat sahaja. Mukanya kelihatan tegang di kawasan mata dan akan mengerutkan keningnya.