Sekarang orang ramai mula memanfaatkan platform TikTok untuk mempromosikan jualan atau servis. Namun, dengan views video yang selalu menurun sekaligus menyukarkan anda mendapatkan perhatian pengguna secara organik.

Sebenarnya kemerosotan jumlah views boleh berlaku disebabkan beberapa sebab yang anda mungkin tidak ketahui. Jadi, kami kongsikan empat sebab mengapa views video di TikTok anda menurun pada ketika ini.

Baca Juga:

1. Langgar garis panduan komuniti.

Views tiktok
Sumber: emplifi

Melanggar garis panduan komuniti TikTok merupakan kesalahan yang berat di mana bakal mengganggu prestasi view pada hantaran video anda. Lebih banyak anda langgar, lebih tinggi peratus video anda memang tidak diberikan pendedahan kepada umum.

Antara kesalahan yang mungkin anda sudah lakukan termasuklah kandungan yang berbentuk keganasan, menjual barangan terlarang atau mempromosikan platform lain. Jadi, anda perlu lebih peka dengan garis panduan yang ditetapkan agar engangement kandungan anda tidak dihalang daripada pengguna lain.

2. Kandungan yang tidak fokus pada satu niche.

Untuk mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi, anda sudah semestinya perlu  fokus pada satu niche sahaja. Hal ini kerana pengguna lain akan lebih mengenali topik serta kepakaran anda kemudian berminat untuk mengikuti video yang disajikan.

Sebagai contoh, Khairulaming yang sangat terkenal dengan konten makanannya lebih-lebih lagi dengan siri 30 resipi di bulan Ramadhan. Kini sudah pasti video beliau menjadi carian utama oleh peminatnya yang mana sudah dinantikan pada setiap tahun.

3. Hantaran video yang tidak konsisten.

Views tiktok
Sumber: evening standard

Antara sebab mengapa views anda kian merosot adalah hantaran video yang tidak konsisten. Secara logiknya, siapa sahaja mahu mengikuti akaun TikTok seseorang jika jarang memuat naik video.

Dengan memuat naik secara konsisten, anda sebenarnya telah menarik minat pengikut untuk kekal menonton konten yang dihasilkan secara berterusan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membina imej yang baik di samping menjana jualan jika anda seorang pemilik bisnes.

4. Ikut trend semasa

Kita sedia maklum platform ini dipelopori oleh gen Z, maka mereka lebih tertarik dengan konten yang mengikuti trend semasa. Ini termasuklah dengan penggunaan musik terkini atau lakukan cabaran yang viral di kalangan pengguna tempatan.

Dengan mencipta kandungan selari dengan trend semasa, anda berpotensi menerima engagement yang lebih baik. Bukan itu sahaja, video anda juga tampak lebih fresh  berbanding pencipta konten yang lain.

Sebagai pencipta konten atau pemilik bisnes, kini anda boleh mengetahui sedikit sebanyak punca masalah views video yang mungkin menurun pada saban hari. Kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna TikTok cakna dan boleh mengatasi masalah views yang dialami.