Menjelang aksi Kelayakan Piala Asia Malaysia vs Vietnam yang akan berlangsung malam ini, FAM mengumumkan sebanyak 45,629 tiket terjual.
Jumlah itu agak memberangsangkan memandangkan aksi ini tidak berlangsung pada hujung minggu. Dan ianya dijangka akan terus meningkat sehingga perlawanan bermula.
Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Bukit Jalil pada 10 Jun. Kedua-dua pasukan kini mempunyai tiga mata dalam Kumpulan F, dengan Vietnam mendahului berdasarkan perbezaan gol (+5 berbanding +2 Malaysia).

Penyokong Harimau Malaya nampaknya sudah tidak sabar untuk melihat wajah baharu pasukan Malaysia yang bakal diperkuatkan ramai pemain warisan yang baharu.
PANGGILAN TERAKHIR! 📣📣
Skuad Harimau Malaya memerlukan kehadiran & sokongan anda untuk sorakan lebih padu berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 9:00 malam ini!
▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/gpQA3lA2da #FAM #HarimauMalaya #ACQ2027 pic.twitter.com/6HlUs5D1YB
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 10, 2025
Harga tiket adalah serendah RM40 sehingga RM70 mengikut pakej berbeza.
INFO TIKET MALAYSIA 🆚️ VIETNAM
Ayuh penyokong Harimau Malaya, kita penuhkan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 10 Jun 2025 bagi perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.
▶️ Dapatkan tiket sekarang di https://t.co/gpQA3lA2da#FAM #HarimauMalaya #ACQ2027 pic.twitter.com/1SwUEZP6Bl
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 5, 2025
Semua pemain tersedia aksi Malaysia vs Vietnam
Hari yang sama FAM mengumumkan bahawa FIFA sudah memberikan kebenaran untuk kesemua pemain warisan berasksi dalam aksi Malaysia vs Vietnam.
FAM berkata: FAM ingin memaklumkan bahawa kelima-lima pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya telah mendapat kelulusan daripada FIFA dan boleh beraksi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
“Dengan ini Facundo Garces, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado bakal membuat penampilan sulung bersama skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski pada perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi itu.”
